Skip to content

Laman Utama » Vaksinasi Kanak-Kanak » Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP)

Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP)

Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP) telah diperkenalkan pada awal tahun 1950-an. NIP Malaysia dirangka berdasarkan Program Perkembangan untuk Imunisasi (EPI) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). EPI menggalakkan semua negara memberi imunisasi kepada 6 penyakit kanak-kanak, namun, Program Imunisasi Kebangsaan di Malaysia telah menambah perlindungan untuk 13 penyakit majoriti kanak-kanak.

1. Apakah penyakit yang termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) pada masa ini?

NIP melindungi kanak-kanak Malaysia terhadap 13 penyakit majoriti kanak-kanak.

Apakah 13 penyakit yang boleh dicegah dengan NIP?

Difteria
Penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria yang berada di dalam mulut dan tekak orang yang dijangkiti.

Haemophilus influenza jenis B (HiB)
Jangkitan serius yang menjangkiti kebanyakan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun.

Hepatitis B
Jangkitan hati disebabkan oleh virus Hepatitis B.

Human papillomavirus (HPV)
Jangkitan paling lazim yang disebarkan menerusi hubungan seks (STI) dan boleh menyebabkan kanser serviks, iaitu kanser ketiga paling lazim di kalangan wanita.

Japanese encephalitis (JE)
Jangkitan otak yang disebabkan oleh virus JE.

Demam campak
Penyakit virus yang sangat mudah berjangkit.

Beguk
Jangkitan virus yang merupakan penyebab paling lazim bagi keradangan otak (ensefalitis)

Batuk kokol
Ia paling mudah berjangkit, dengan batuk teruk dan berterusan yang mungkin menyebabkan seorang kanak-kanak sukar untuk bernafas dan bertukar menjadi biru (cyanosed).

Polio
Penyakit virus yang berjangkit dan tidak boleh disembuhkan serta menyerang sistem saraf.

Rubela
Juga diketahui sebagai demam campak Jerman yang mungkin menyebabkan janin tidak normal.

Tetanus
Juga dikenali sebagai kancing gigi, disebabkan oleh toksin bakteria yang menyerang sistem saraf tubuh badan.

Tuberkulosis (TB)
Penyakit yang lazimnya menjangkiti paru-paru, tetapi boleh juga menyerang bahagian-bahagian lain seperti buah pinggang, tulang belakang, kulit, usus dan otak.

Penyakit Pneumokokal
Satu jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae yang menyerang paru-paru serta bahagian tubuh badan yang lain.

2. Dimana anak anda boleh menerima vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP)?
Vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) disediakan secara percuma di semua klinik kerajaan di seluruh negara. Ianya juga boleh didapati di klinik swasta, di mana anda akan dikenakan sedikit bayaran.

3. Bila anak anda perlu mendapatkan vaksin ini?
Terdapat jadual untuk Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) (lihat di bawah). Para doktor dan pakar kesihatan awam telah bekerja keras untuk memastikan jadual vaksinasi adalah pada peringkat optimal, serta dapat memberikan perlindungan yang paling lengkap dan selamat. Jadi adalah penting untuk anda menepati jadual ini dengan betul. Anda tidak digalakkan untuk melangkau atau menangguhkan vaksinasi kerana ini akan menyebabkan anak anda mudah terjejas terhadap penyakit.

Tentang Immunise4Life
Hubungi Kami
Direktori Klinik
Dasar Privasi
Terma Penggunaan
Penafian

Sekretariat Immunise4Life
Ultra Works Sdn Bhd
23-5, Block B, the Suites, Jaya One,
72A, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya, Selangor.

© Immunise4Life, 2021
Reka bentuk oleh Ultra Works Sdn Bhd