Skip to content

Perlindungan untuk Bayi Bermula Dari Dalam Kandungan

Selama bertahun-tahun, ibu hamil di Malaysia telah menerima imunisasi TT (tetanus toxoid) untuk melindungi bayi daripada tetanus. Kini, perlindungan ini dipertingkatkan dengan imunisasi Tdap semasa kehamilan yang turut membantu mencegah difteria dan pertusis (batuk kokol).

Imunisasi Tdap membantu ibu menghasilkan antibodi yang akan dipindahkan kepada bayi, melindungi bayi sejak lahir sehingga mereka menerima imunisasi sendiri.

Pertusis: Ancaman Maut kepada Bayi Anda

Pertusis boleh merebak kepada bayi melalui ibu, ayah, adik-beradik atau saudara-mara1. Penyakit ini menyebabkan batuk teruk, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut, terutamanya bagi bayi di bawah umur 3 bulan yang belum menerima imunisasi lengkap2,3.

Imunisasi Tdap semasa kehamilan dapat mengurangkan risiko pertusis dalam kalangan bayi sehingga 93% dan mengurangkan sehingga 95% kematian yang berkaitan dengan pertusis7.

Imunisasi Tdap Juga Melindungi Bayi daripada Tetanus dan Difteria

Tetanus

Penyakit serius yang menyebabkan kekejangan otot dan kesukaran menyusu. Bayi baru lahir dan ibu lepas bersalin berisiko tinggi untuk dijangkiti tetanus4.

Difteria

Penyakit mudah berjangkit yang menyerang tekak serta sistem pernafasan. Ia menyebabkan bayi sukar untuk bernafas dan menelan. Boleh membawa maut, terutamanya bagi kanak-kanak yang tidak divaksin5.

Imunisasi Tdap Selamat untuk Ibu dan Bayi

  • Diberikan kepada ibu hamil di lebih 50 negara termasuk Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.
  • Mempunyai rekod keselamatan melebihi 10 tahun6.
  • Kesan sampingan biasanya ringan dan bersifat sementara8.

Tonton dan Fahami

Ketahui lebih lanjut mengenai imunisasi Tdap melalui video-video ini

Sumber Rujukan:

  1. Centers for Disease Control and Prevention. (2024). Whooping Cough (Pertussis). https://www.cdc.gov/pertussis/about/index.html
  2. European Centre for Disease Prevention and Control. (2023). Factsheet about pertussis. https://www.ecdc.europa.eu/en/pertussis/facts
  3. Centers for Disease Control and Prevention. Epidemiology and prevention of vaccine-preventable diseases. 14th edition. Chapter 16: Pertussis. Havers FP, Moro PL, Hariri S, Skoff T, eds. Washington D.C. Public Health Foundation. 2021:239–254. Retrieved from https://www.merle-arbeitsmedizin.de/wp-content/uploads/2022/02/CDC-Pink-Book-Version-14th-Edition.pdf
  4. World Health Organization: WHO. (2024). Tetanus. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/tetanus#:~:text=The%20WHO%20definition%20of
    %20a,a%20specific%20wound%20or%20injury
  5. Gall, S. A., Myers, J., & Pichichero, M. (2011). Maternal immunization with tetanus–diphtheria–pertussis vaccine: effect on maternal and neonatal serum antibody levels. American Journal of Obstetrics and Gynecology, 204(4), 334.e1-334.e5. https://doi.org/10.1016/j.ajog.2010.11.024
  6. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Tdap Vaccination for Pregnant Women. Whooping Cough (Pertussis). https://www.cdc.gov/pertussis/vaccines/tdap-vaccination-during-pregnancy.html
  7. Amirthalingam, G., Campbell, H., Ribeiro, S., Fry, N. K., Ramsay, M., Miller, E., & Andrews, N. (2016). Sustained effectiveness of the Maternal Pertussis Immunization Program in England 3 years following introduction. Clinical Infectious Diseases, 63(suppl 4), S236–S243. https://doi.org/10.1093/cid/ciw559
  8. Kilgore, P. E., Salim, A. M., Zervos, M. J., & Schmitt, H. (2016). Pertussis: Microbiology, disease, treatment, and prevention. Clinical Microbiology Reviews, 29(3), 449–486. https://doi.org/10.1128/cmr.00083-15

MAT-MY-2500565-1.0-11/2025