Vaksin Untuk Perjalanan

Jangan tinggalkan rumah tanpa perlindungan.

Ramai di antara kita pergi ke luar negara, sama ada untuk melancong, bekerja, bercuti, belajar atau berhijrah. Biasanya kita ingin menikmati pemandangan yang berbeza dan menimba pengalaman baru. Malangnya, ini juga boleh meningkatkan risiko untuk kita jatuh sakit.

Sesetengah penyakit berjangkit mungkin lazim berlaku di tempat yang anda lawati. Selain itu, keadaan di sana mungkin tidak bersih seperti yang diharapkan. Malah, makanan dan minuman yang anda ambil juga mungkin tidak selamat dan tidak bersih.

Jadi, untuk perjalanan seterusnya, janganlah sekadar merancang aktiviti, menempah hotel, membeli insurans dan mengemas barang sahaja. Buatlah temujanji dengan doktor dan dapatkan vaksin bagi penyakit yang boleh dicegah. Selamat jalan!

PELANCONG

Influenza (Flu)

  • Vaksinasi dikaitkan dengan penurunan kes kemasukan hospital sebanyak 71% – 77%1.
  • Vaksinasi tahunan digalakkan kerana virus ini sentiasa berubah2.

Penyakit Pneumokokus (PnD)

  • 90% PnD invasif berlaku di kalangan orang dewasa3.
  • Vaksinasi mengurangkan risiko mendapat PnD serius sebanyak 70%3.

 

PENGGEMAR MAKANAN

Demam Kepialu

  • Disebabkan oleh Salmonella typhi (bakteria) yang boleh hidup selama beberapa hari di dalam air tawar, kolam atau air laut, dan selama beberapa bulan di dalam telur dan tiram beku yang tercemar4.
  • 75% daripada kes berlaku ketika sedang melancong5.

Hepatitis A

  • 4 juta kes Hep A dilaporkan seluruh dunia setiap tahun6.

PENGEMBARA

Demam Kuning

  • Sehingga 50% kes berakhir dengan kematian7.
  • 90% kes berlaku di Afrika7.

Ensefalitis Jepun

  • 20 – 30% kes menyebabkan kematian8.
  • Vaksinasi disarankan untuk individu yang kerap mengembara di luar, dalam kawasan endemik7 (termasuk Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak).

MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA

Para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara perlu mendapatkan maklumat tepat dari institusi pendidikan masing-masing tentang keperluan vaksin spesifik, yang biasanya merangkumi:

  • Penyakit meningokokal
  • Kancing gigi, difteria, batuk kokol (Tdap)
  • Demam campak, beguk, rubela (MMR)

JEMAAH MUSLIM4

Para jemaah yang ingin menunaikan Umrah atau Haji dinasihatkan untuk mendapatkan vaksinasi bagi penyakit-penyakit berikut:

  • Penyakit meningokokal (wajib)
  • Penyakit pneumokokus
  • Influenza

 

References

  1. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) [Internet]. What are the benefits of Flu Vaccination?. Available from: http://www.cdc.gov/flu/freeresources/general/flu-vaccine-benefits.pdf
  2. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) [Internet].Key Facts About Seasonal Flu Vaccine. Available from: http://www.cdc.gov/flu/protect/keyfacts.htm
  3. Centers for Disease Control and Prevention [Internet]. Pneumococcal Disease Fast Facts. [updated 2011 October 11; cited 2015 Jun 10].Available from: http://www.cdc.gov/pneumococcal/about/facts.html
  4. Cho JC and Kim SJ. Viable, but non-culturable, state of a green fluorescence protein-tagged environmental isolate of Salmonella typhiin groundwater and pond water; 1999 FEMS Microbiology Letters;170:1:257
  5. Centers for Disease Control and Prevention [Internet]. Division of Foodborne, Waterborne and Environmental Diseases: Typhoid fever.[updated 2013 May 14; cited 2015 April 20]. Available from: http://www. cdc.gov/nczved/divisions/dfbmd/diseases/typhoid_fever/
  6. World Health Organisation [Internet]. Fact Sheets: Hepatitis A. [updated 2014 June; cited 2015 April 20]. Available from: http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs328/en/
  7. World Health Organization [Internet]. Fact Sheets: Yellow Fever. [updated 2014 March; cited 2015 April 20]. Available from: http://www.whoint/mediacentre/factsheets/fs100/en/
  8. World Health Organization (WHO) [Internet]. Weekly Epidemiological Record (2015) No.9(90): pp. 69-88. Available from: http://www.who.int/wer/2015/wer9009.pdf?ua=1