Vaksin Selamat Digunakan

Vaksinasi merupakan cara yang paling selamat dan paling berkesan untuk melindungi diri kita daripada penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin. Bagaimanapun, terdapat juga mereka yang tidak menerima fakta ini. Di sini terdapat 4 sebab mengapa vaksin adalah selamat.

1. Vaksin tidak menyebabkan apa-apa masalah kesihatan

Vaksin tidak menyebabkan masalah kesihatan seperti autisme dan sindrom kematian bayi mengejut (SIDS). Salah faham ini berlaku disebabkan kejadian autisme dan SIDS yang biasanya dikesan berlaku pada waktu umur yang sama ketika jutaan bayi mendapatkan suntikan rutin mereka. Bagaimanapun, tiada kajian yang mampu membuktikan bahawa kanak-kanak yang diberikan vaksinasi lebih berisiko untuk mendapatkan autisme atau SIDS berbanding kanak-kanak yang tidak diberikan vaksinasi. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut berkenaan vaccine safety di dalam bahagian soalan yang kerap ditanya (FAQ).

2. Vaksin tidak mengandungi bahan-bahan yang berbahaya

Bahan-bahan di dalam vaksin membantu dalam penghasilan dan pengawetan vaksin untuk meningkatkan peluang membina imuniti yang lebih kuat. Bagaimanapun, bahan-bahan ini (seperti merkuri dan thimersal) mungkin kedengaran mencemaskan bagi anda.

Kenyataan ‘dos yang menjadikan racun’ menyokong andaian seperti ini. Apa yang dimaksudkan adalah tidak semestinya bahan tersebut beracun, tetapi kuantiti bahan tersebut mungkin menyebabkan keracunan. Malah air juga boleh menjadi toksik jika diberikan dalam kuantiti yang banyak. Jangan risau kerana tiada bahan di dalam vaksin akan menyebabkan anda atau anak anda berada dalam keadaan bahaya. Jika anda mempunyai apa-apa persoalan, anda boleh mengetahui lebih lanjut berkenaan vaccine ingredients di dalam bahagian soalan yang kerap ditanya.

3. Vaksin telah diuji secara rapi sebelum ia didaftarkan dan digunakan.

Setiap vaksin telah melalui ujian keselamatan yang ketat serta terperinci yang dijalankan selama 10 hingga 15 tahun sebelum ia didaftarkan dan digunakan. Ujian ini termasuk percubaan klinikal yang membandingkan sekumpulan orang yang mendapat vaksin dengan sekumpulan orang yang tidak mendapat vaksin. Malah selepas vaksin tersebut diperkenalkan, pengawasan terhadap kesan sampingan masih lagi dijalankan.

4. Vaksin telah dikaji secara menyeluruh

Kajian secara menyeluruh dan pengawasan yang terperinci terhadap vaksin telah menjadikannya salah satu ubat yang paling difahami. Oleh kerana vaksin juga telah digunakan selama lebih 50 tahun, jadi hanya sedikit maklumat yang tidak diketahui oleh pakar. Oleh sebab itu, kita telah mempunyai senarai kesan sampingan yang telah dijangka berlaku dan apa yang perlu dilakukan terhadapnya. Anda boleh baca mengenai vaccine side effects di dalam bahagian FAQ kami.