Perlindungan Asas – Program Imunisasi Kebangsaan (NIP)

Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP) telah diperkenalkan pada awal tahun 1950-an. NIP Malaysia dirangka berdasarkan Program Perkembangan untuk Imunisasi (EPI) berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). EPI menggalakkan semua negara memberi imunisasi kepada 6 penyakit kanak-kanak, bagaimanapun Program Imunisasi Kebangsaan di Malaysia telah menambah perlindungan untuk 12 penyakit majoriti kanak-kanak.

1. Apakah penyakit yang termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) pada masa ini?

NIP melindungi kanak-kanak Malaysia terhadap 12 penyakit majoriti kanak-kanak.

Apakah 12 penyakit yang boleh dicegah dengan NIP?

Difteria

Penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria yang berada di dalam mulut dan tekak orang yang dijangkiti.

Haemophilus influenza jenis B (HiB)

Jangkitan serius yang menjangkiti kebanyakan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun.

Hepatitis B

Jangkitan hati disebabkan oleh virus Hepatitis B.

Human papillomavirus (HPV)

Jangkitan paling lazim yang disebarkan menerusi hubungan seks (STI) dan boleh menyebabkan kanser serviks, iaitu kanser ketiga paling lazim di kalangan wanita.

Japanese encephalitis (JE)

Jangkitan otak yang disebabkan oleh virus JE.

Demam campak

Penyakit virus yang sangat mudah berjangkit.

Beguk

Jangkitan virus yang merupakan penyebab paling lazim keradangan otak (ensefalitis)

Batuk kokol

Ia paling mudah berjangkit, dengan batuk teruk dan berterusan yang mungkin menyebabkan seorang kanak-kanak sukar untuk bernafas dan bertukar menjadi biru (cyanosed).

Polio

Penyakit virus yang berjangkit dan tidak boleh disembuhkan serta menyerang sistem saraf.

Rubela

Juga diketahui sebagai demam campak Jerman yang mungkin menyebabkan janin tidak normal.

Tetanus

Juga dikenali sebagai kancing gigi, disebabkan oleh toksin bakteria yang menyerang sistem saraf tubuh badan.

Tuberkulosis (TB)

Penyakit yang lazimnya menjangkiti paru-paru, tetapi boleh juga menyerang bahagian-bahagian lain seperti buah pinggang, tulang belakang, kulit, usus dan otak.

2. Dimana anak anda menerima vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP)?

Vaksinasi Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) disediakan secara percuma di semua klinik kerajaan di seluruh negara. Ia juga boleh didapati di klinik swasta, di mana anda dikenakan sedikit bayaran.

3. Bila anak anda perlu mendapatkan vaksin ini?

Terdapat jadual untuk Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) (lihat dibawah). Para doktor dan pakar kesihatan awam telah bekerja keras untuk memastikan jadual vaksinasi adalah optimal, serta dapat memberikan perlindungan yang paling lengkap dan selamat. Jadi adalah penting untuk anda menepati jadual ini dengan betul. Anda tidak digalakkan untuk melangkau atau menangguhkan vaksinasi, kerana ini akan menyebabkan anak anda mudah terjejas terhadap penyakit.

NIP Eng