Home New Year Panduan Untuk Ibu Mengatasi Cabaran Setiap Hari

Panduan Untuk Ibu Mengatasi Cabaran Setiap Hari

Jangan biar diri anda tertekan dengan semua perkara

Menjadi seorang ibu adalah pengalaman yang terhebat dalam hidup kita. Namun, ia juga sangat mencabar. Berikut adalah 3 cara untuk membantu anda mengurangkan kebimbangan dan menikmati perjalanan hidup yang indah sebagai seorang ibu.

1. Jangan cerewet
Adakalanya, anda perlu ingat yang kanak-kanak akan sentiasa membuat sepah. Jadi, cuba libatkan semua orang dalam kerja rumah (ya, termasuk suami anda). Senarai tugas kerja rumah mungkin membantu tetapi kalau tidak, ingatlah apa yang paling penting adalah kesejahteraan keluarga anda – jadi, tidak perlulah membesar-besarkan perkara kecil.

2. Jangan bergaduh
Kita semua pernah melaluinya. Suasana yang aman bertukar menjadi huru-hara apabila anak mengamuk kerana tidak dapat apa yang mereka inginkan. Tapi anda tidak perlu berkeras tentang semua perkara pada setiap waktu. Sekiranya anak anda cerewet makan atau tidak mahu tidur, barulah anda bertegas dengan mereka. Dengan cara ini, anda boleh mengelakkan daripada bergaduh sepanjang hari kerana perkara yang tidak penting seperti mainan yang berselerak atau katil yang tidak kemas.

3. Cegah influenza
Sesiapa sahaja yang mempunyai anak pasti tahu bahawa sakit perut dan demam selesema adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak dan mereka biasanya akan cepat sembuh. Namun, jangan biarkan mereka dijangkiti influenza. Ia adalah lebih teruk daripada demam selesema[1] biasa dan boleh menjangkiti seluruh keluarga anda dalam masa yang singkat. [2] Kanak-kanak juga boleh mendapat beberapa komplikasi membimbangkan yang menyebabkan mereka dimasukkan ke hospital. [3] Oleh itu, dapatkan vaksin influenza untuk keluarga anda. Ia bukan sahaja akan menjaga kesihatan mereka, tetapi juga membantu anda menjalani kehidupan dengan tenang kerana anda tahu mereka selamat.


References:
[1] Utah Flu Fighters. 2010. Difference Between Cold and Flu Symptoms. http://health.utah.gov/epi/diseases/influenza/education_mat/ColdvsFlu_Eng.pdf [Accessed Dec 7, 2017]
[2] Neuzil et al. 2002. Illness among school children during influenza season. Arch Pediatr Adolesc Med. 156:986-991
[3]CDC. 2016. Flu symptoms & complications. https://www.cdc.gov/flu/about/disease/complications.htm [Accessed Dec 20, 2017]

SPMY.IFLU.17.12.0473a