Home New Year Panduan Memajukan Kerjaya Tanpa Tekanan

Panduan Memajukan Kerjaya Tanpa Tekanan

Lakukan sesuatu yang berbeza untuk mendapatkan kerjaya baru atau kenaikan pangkat

Sektor korporat sentiasa berubah dan ini menyukarkan anda menonjolkan diri dan memajukan kerjaya dalam bidang tersebut. Berikut adalah beberapa cara yang mudah untuk maju ke hadapan, tanpa meningkatkan beban kerja anda.

1. Tampil yakin
Kelihatan profesional dan yakin sama pentingnya dengan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan atau mendapatkan urus niaga baru. Untuk menampilkan imej tersebut, pastikan diri anda teratur dan tempat kerja anda sentiasa kemas. Elakkan daripada meletakkan barangan peribadi yang boleh menjejaskan profesionalisme seperti patung mainan atau terlalu banyak gambar haiwan peliharaan anda.

2. Jalin persahabatan
Tinggalkan tabiat makan tengah hari di meja kerja. Ia membuat anda kelihatan kurang mesra dan menjejaskan peluang untuk bersosial dengan rakan sekerja dan kakitangan pengurusan tinggi. Anda juga perlu mengambil tahu perkembangan terkini di tempat kerja. Ini akan memberi anda kelebihan apabila timbul peluang untuk kenaikan pangkat.

3. Jaga kesihatan
Jika anda sentiasa dikelilingi orang yang dijangkiti influenza, sudah tiba masanya untuk anda mengambil tindakan. Lindungi diri dengan mendapatkan vaksin dan untuk terus kekal sihat apabila ada jangkitan influenza di pejabat anda. Influenza tidak sama dengan demam selesema. Influenza lebih berbahaya[1] dan berpotensi untuk menyebabkan ramai rakan sekerja anda dimasukkan ke hospital. [2] Apabila ini berlaku, anda pasti menonjol kerana majikan boleh mengharapkan anda untuk menyelesaikan tugas-tugas yang penting.


References:
[1] Utah Flu Fighters. 2010. Difference Between Cold and Flu Symptoms. http://health.utah.gov/epi/diseases/influenza/education_mat/ColdvsFlu_Eng.pdf [Accessed Dec 7, 2017] [2] CDC. 2016. Flu symptoms & complications. https://www.cdc.gov/flu/about/disease/complications.htm [Accessed Dec 20, 2017]

SPMY.IFLU.17.12.0472a