Kesihatan adalah Amanah

Kesihatan adalah Amanah

Allah SWT mencipta manusia sebagai Khalifah di muka bumi ini. Kita diamanahkan untuk mentadbir bumi ini dengan sebaiknya dan menjadikan ia aman dan selamat untuk didiami.

Sebagai Khalifah, setiap manusia diberi amanah menurut keupayaan kita. Setiap apa yang ada di bumi ini milik Allah dan semuanya dicipta untuk kemudahan manusia yang boleh menggunakannya untuk tujuan kebaikan dan bukan disalahgunakan.

Pic - Globe

Pakar perubatan mungkin mempunyai pengetahuan tentang penyakit yang boleh dicegah termasuk penggunaan vaksin, hasil rawatan dan risikonya.

Namun begitu, terdapat juga prinsip menghormati dan menghargai hak individu (atau hak ibubapa atau penjaga yang sah) sebagai orang yang membuat pilihan sendiri, di mana dia akan dipertanggungjawabkan atas keputusan yang diambilnya. Manusia bertanggungjawab menjaga diri dan orang di bawah tanggungannya dan akan dipersoal oleh Allah SWT di hari akhirat berdasarkan ‘amanah’ ini.

Walaupun begitu, hak individu perlu dipertimbangkan dalam konteks kepentingan dan keperluan masyarakat dalam skop yang lebih luas.

Pic - Muslim kids praying

Justeru, prinsip perundangan Islam (al-Qawa’id al-Fiqhiyyah) menyatakan, “Hak individu mungkin perlu dikorbankan untuk melindungi kepentingan masyarakat.” Kaedah perubatan seperti program imunisasi global telah terbukti dapat melindungi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat mengatasi kepentingan individu. Ia sejajar dengan maksud dan aspirasi prinsip perundangan Islam di atas.

Suatu lagi perkara penting yang perlu ditekankan ialah memastikan pilihan individu tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.Mereka yang tidak mengambil vaksin adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti dan mereka mungkin menyebarkan jangkitan tersebut kepada orang lain.

“Hak individu mungkin perlu dikorbankan untuk melindungi

kepentingan masyarakat.”

Majoriti pesakit yang dijangkiti deman campak di Disneyland pada tahun 2015 adalah mereka yang tidak diimunisasi terhadap penyakit tersebut. Ia telah menular kepada beberapa negeri di Amerika Syarikat hingga ke Canada dan Mexico. Begitu juga, wabak deman campak di Malaysia tercetus di kalangan mereka yang tidak diimunisasi dengan vaksin MMR.

Pic - Measles Outbreak

Wabak demam campak di Malaysia 2011-2012

Pengecualian dari imunisasi telah mendatangkan kesan negatif terhadap kesejahteraan masyarakat. Ini seharusnya membolehkan kerajaan mengambil tindakan tegas untuk membendung keadaan tersebut. Baru-baru ini, kerajaan Australia telah melancarkan polisi bernama “tiada suntikan, tiada bayaran”, di mana bantuan penjagaan dan kebajikan kanak-kanak akan dikecualikan dari keluarga yang enggan mengambil imunisasi kanak-kanak.

Sekiranya lebih dari 80% orang dalam satu komuniti diberi imunisasi, perlindungan terhadap penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin dipercayai akan merangkumi semua orang dalam masyarakat. Ini dikenali sebagai immuniti kelompok.

Immuniti kelompok ini juga melindungi kumpulan kecil masyarakat yang tidak dapat diberi imunisasi kerana beberapa sebab, seperti terlalu muda, mengidap kanser, mengalami HIV/AIDS, sedang menjalani rawatan kimoterapi atau radioterapi.

Sekiranya lebih dari 80% orang dalam satu komuniti diberi imunisasi, perlindungan terhadap penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin dipercayai akan merangkumi semua orang dalam masyarakat.

Kepentingan hak individu seharusnya diketepikan untuk menikmati kebaikan(jalb al-masalih)dan mencegah kemudaratan (dar’ al mafasid) dalam masyarakat. Selain itu, masyarakat juga akan mendapat manfaat dari penjimatan ekonomi dan peningkatan keselamatan akibat program imunisasi.