Skip to content

Laman Utama » Vaksinasi Dewasa » Seks, Makanan dan Kecederaan Boleh Menyebabkan Jangkitan

Seks, Makanan dan Kecederaan Boleh Menyebabkan Jangkitan

Elakkan jangkitan melalui seks, makanan dan kecederaan.

Hidup ini adalah untuk dihargai. Ada banyak makanan untuk dicuba, tempat untuk dilawati, dan pengembaraan untuk dilalui. Namun, semua ini mungkin berakhir jika anda jatuh sakit. Penyakit-penyakit berjangkit adalah antara penyebab utama kemasukan ke hospital di Malaysia.

Kita hidup di dalam dunia yang penuh kuman. Jadi, ada kemungkinan untuk kita mendapat jangkitan daripada melakukan perkara yang disukai. Mujurlah ada vaksin yang boleh membantu melindungi kita. Lihat senarai berikut untuk mengetahui jika ia relevan untuk anda dan gaya hidup anda. Bebaskan diri dari kebimbangan, dapatkan imunisasi dan nikmati hidup anda sepenuhnya.

UNTUK YANG: AKTIF SECARA SEKSUAL


Human Papillomavirus (HPV)

  • 1 daripada 2 lelaki dan wanita yang aktif dalam hubungan seksual akan dijangkiti HPV sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
  • 90% daripada kes kanser serviks dan kanser dubur adalah disebabkan oleh HPV.
  • Vaksinasi disarankan dari umur 9 hingga 45 tahun.

Hepatitis B

  • Hepatitis B boleh membawa kepada kanser hati, penyebab ketiga tertinggi bagi kematian akibat kanser di seluruh dunia.
  • Vaksinasi boleh memberikan perlindungan sepanjang hayat.

UNTUK YANG: AKTIF SECARA FIZIKAL DENGAN RISIKO KECEDERAAN

Kancing Gigi

  • Anda boleh mendapat kancing gigi walaupun tercucuk jarum hanya sekali sahaja.
  • Risiko lebih tinggi bagi mereka yang berusia lebih 65 tahun dan yang tidak mendapat suntikan penggalak sejak 10 tahun lalu.

UNTUK: PENGGEMAR MAKANAN

Hepatitis A

  • Infeksi senang merebak kepada beberapa makanan kegemaran rakyat Malaysia (ketam, tiram, kerang) dan air yang tercemar.

Demam Kepialu

  • Disebabkan oleh Salmonella typhi (bakteria) yang boleh hidup selama beberapa hari di dalam air tawar, kolam atau air laut, dan selama beberapa bulan di dalam telur dan tiram beku yang tercemar.
  • 75% daripada kes berlaku ketika sedang melancong.

Tentang Immunise4Life
Hubungi Kami
Direktori Klinik
Dasar Privasi
Terma Penggunaan
Penafian

Sekretariat Immunise4Life
Ultra Works Sdn Bhd
23-5, Block B, the Suites, Jaya One,
72A, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya, Selangor.

© Immunise4Life, 2021
Reka bentuk oleh Ultra Works Sdn Bhd