Skip to content

Laman Utama » Yakini Vaksin » Kandungan Vaksin

Kandungan Vaksin

Kandungan vaksin tidak mudah difahami. Dalam artikel ini, kami menerangkan beberapa salah faham utama yang berkaitan dengan kandungan vaksin.

1. Apakah yang terkandung dalam vaksin?

Kandungan vaksin berbeza bergantung kepada jenis vaksin dan proses pembuatannya. Kandungan vaksin perlu disenaraikan di dalam risalah maklumat produk setiap vaksin mengikut undang-undng yang telah ditetapkan.

Senarai kandungan vaksin sangat komprehensif kerana bahan yang digunakan semasa proses pembuatan yang dikeluarkan dari produk akhir turut disenaraikan walaupun bahan tersebut hanya digunakan dalam jumlah yang kecil.

Perkara penting untuk difahami ialah vaksin tidak mengandungi bahan yang akan membahayakan tubuh. Setiap bahan yang digunakan dalam vaksin berperanan penting dalam pembuatan vaksin, dan berperanan memastikan produk akhir selamat dan berkesan. Setiap kumpulan vaksin juga diuji dengan teliti untuk keselamatan.

2. Adakah benar bahawa vaksin mengandungi merkuri?

Merkuri boleh digunakan dalam penghasilan vaksin, dalam bentuk sebatian organik yang disebut Thimerosal. Thimerosal penting kerana ia menghentikan pertumbuhan bakteria yang tidak diingini. Sebatian organik ini berasal dari etil merkuri, yang mudah dikeluarkan dari badan.

Thimerosal hanya terdapat dalam jumlah yang sedikit dalam vaksin – anda sebenarnya mengambil lebih banyak merkuri dari makanan setiap hari. Merkuri yang menyebabkan bahaya adalah metil merkuri, yang merupakan racun persekitaran yang boleh terkumpul di dalam badan anda dan menyebabkan bahaya.

3. Adakah benar bahawa vaksin mengandungi formaldehid?

Formaldehid digunakan dalam vaksin selama proses pembuatan untuk menghentikan pertumbuhan bakteria yang tidak diingini dalam vaksin toksoid, atau untuk menyahaktifkan virus tertentu dalam vaksin sehingga tidak dapat menyebabkan penyakit.

Namun, sebahagian besar formaldehid dikeluarkan dari vaksin sebelum vaksin dibungkus. Hakikatnya, badan kita menghasilkan dan memerlukan formaldehid kerana formaldehid adalah salah satu asas protein yang diperlukan oleh badan kita.

4. Adakah benar bahawa vaksin mengandungi aluminium?

Aluminium digunakan dalam vaksin untuk menghasilkan tindak balas imun yang lebih baik. Hal ini bermakna kita dapat menggunakan bakteria atau komponen bakteria dalam jumlah yang lebih sedikit dalam vaksin untuk menghasilkan kekebalan.

Jumlah aluminium dalam vaksin sangat sedikit. Realitinya, bayi mendapat lebih banyak aluminium melalui susu mereka (tidak kira diberi susu ibu atau susu formula) daripada melalui vaksin. Aluminium sebenarnya juga terdapat di udara dan di makanan dan air kita.

5. Adakah benar bahawa vaksin mengandungi antibiotik?

Antibiotik digunakan dalam vaksin untuk mencegah pertumbuhan bakteria dalam proses penghasilan dan penyimpanan vaksin.

6. Adakah benar bahawa vaksin mengandungi protein telur?

Protein telur digunakan dalam vaksin influenza dan demam kuning. Hal ini kerana ia dihasilkan menggunakan telur ayam. Mereka yang alah kepada telur dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil vaksin ini.

7. Adakah benar bahawa vaksin mengadungi monosodium glutamate (MSG)?

MSG digunakan dalam vaksin untuk mengelakkan vaksin daripada berubah sifatnya ketika terkena panas, cahaya, keasidan atau kelembapan.

8. Adakah benar bahawa vaksin mengandungi sel-sel embrio?

Sesetengah vaksin mengandungi virus yang dikultur dan tumbuh pada garis sel yang diperoleh dari sel embrio. Walau bagaimanapun, ia hanya digunakan semasa proses pembuatan dan bukan merupakan sebahagian daripada vaksin itu sendiri.

About Immunise4Life
Contact Us
Clinic Locator
Privacy Policy
Terms of Use
Disclaimer

Immunise4Life Secretariat
Ultra Works Sdn Bhd
23-5, Block B, the Suites, Jaya One,
72A, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya, Selangor.

© Immunise4Life, 2021
Design by Ultra Works Sdn Bhd