Imunisasi untuk Pesakit yang Menghidap Penyakit Kronik
Tingkatkan sistem imun anda dengan imunisasi
Ramai orang dewasa di Malaysia menghidap penyakit-penyakit kronik yang melemahkan sistem imun, lalu membuatkan mereka lebih mudah untuk mendapat jangkitan dan komplikasinya. Apabila ini berlaku, rawatannya mungkin sukar, rumit dan mahal.
Inilah sebabnya semakin ramai doktor menyarankan para pesakit yang menghidap penyakit kronik untuk mendapatkan imunisasi. Ini akan memudahkan anda untuk menjaga kesihatan diri tanpa perlu bimbang mengenai penyakit-penyakit cegahan vaksin.
Penyakit Paru-Paru Kronik
Influenza (Flu)
Jika anda menghidap penyakit paru-paru kronik, influenza akan menyebabkan keadaan anda menjadi lebih teruk.
Vaksinasi tahunan disarankan kerana virus ini sentiasa berubah.
Penyakit Pneumokokus (PnD)
Pesakit yang menghidap penyakit paru-paru kronik lebih cenderung untuk dijangkiti PnD invasif.
Diabetes Melitus (Jenis 1 atau Jenis 2)
Sebagai penghidap diabetes, sistem imun anda akan terjejas.
Influenza (Flu)
Meningkatkan glukosa darah ke paras tinggi yang merbahaya akibat tindak balas imun tubuh anda.
Vaksinasi tahunan disarankan kerana virus ini sentiasa berubah.
Penyakit Pneumokokus (PnD)
Penghidap diabetes menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi PnD yang membawa maut.
Penyakit Jantung
Influenza (Flu)
Meningkatkan risiko mendapat serangan jantung akibat penyahstabilan plak di dalam saluran darah.
Vaksinasi tahunan disarankan kerana virus ini sentiasa berubah.
Penyakit Pneumokokus (PnD)
Menyebabkan peningkatan ketahanan terhadap aliran darah yang membawa kepada sindrom koronari akut (serangan jantung).
Penyakit Hepar Kronik
Hepatitis A & B
Mengurangkan lagi fungsi hati dan meningkatkan kadar kerosakan sirosis.
Penyakit Pneumokokus (PnD)
Meningkatkan risiko komplikasi pulmonari, termasuklah sepsis pneumokokus yang boleh membawa maut.
Mereka yang terselamat boleh mengalami kehilangan pendengaran, sawan, buta atau lumpuh.