
Adakah anak anda lahir pada tahun 2018 dan 2019?
Berita baik! KKM telah melancarkan Kempen Imunisasi ‘Catch-Up’ Pneumokokal (CHUPP) untuk memberikan vaksinasi ini secara percuma bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2019 dan 2018.
MENGAPA ANAK ANDA PERLUKAN IMUNISASI PNEUMOKOKAL?
Penyakit pneumokokal adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae. Vaksin Pneumokokal Konjugat (PCV) boleh melindungi anak anda daripada komplikasi penyakit pneumokokal seperti:

Pneumonia
(Radang paru-paru)

Meningitis
(Radang selaput otak)

Otitis Media
(Jangkitan telinga tengah)
SOALAN-SOALAN TENTANG VAKSINASI INI
Vaksinasi pneumokokal adalah selamat dan berkesan untuk mencegah penyakit pneumokokal.
KKM telah melaksanakan pemberian vaksin pneumokokal dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) kepada kanak-kanak yang lahir bermula 1 Januari 2020. KKM mengambil inisiatif memperluaskan pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak yang lahir sebelum tahun 2020 bagi melindungi golongan kanak-kanak ini sebelum vaksin itu diperkenalkan dalam NIP.
Ketahui lebih lanjut mengenai Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia: https://immunise4life.my/ms/program-imunisasi-kebangsaan-malaysia-nip/
Kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 akan diberikan satu dos vaksinasi PCV13. Dos bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2020 dan seterusnya akan diberikan berdasarkan jadual imunisasi, iaitu pada usia empat bulan; enam bulan; dan 15 bulan.
Rujukan:
1. https://www.cdc.gov/vaccines/parents/diseases/pneumo.html
2. http://www.myhealth.gov.my/en/pneumococcal-vaccine/
3. Kementerian Kesihatan Malaysia Facebook: https://www.facebook.com/100064560379224/posts/pfbid0is7toBNfinEepdBkdvJ52xU6nnvopyhYA9ogbzGWE3WCwZdG3sZHMthvkZBVpZ2vl/?mibextid=Nif5oz