Skip to content

Laman Utama » Yakini Vaksin » Bagaimana Vaksin Memberikan Perlindungan

Bagaimana Vaksin Memberikan Perlindungan

Bagaimana vaksin berfungsi untuk melindungi kita? Vaksin membantu memperkuatkan sistem imun badan kita. Sebenarnya, vaksin memberikan sistem imun anda bantuan, membuatkannya lebih kuat dan menyediakan lebih banyak senjata untuk melawan kuman jahat.

Sistem Imun Kita

Daripada saat kita dilahirkan, kita telah terdedah kepada banyak kuman. Untuk melawan kuman-kuman ini semula, kita telah dianugerahkan dengan sistem imun. Sistem imun kita terdiri daripada banyak sel-sel kecil yang dipanggil sebagai antibodi. Peranan utama antibodi adalah untuk menyerang sebarang unsur yang bukan kepunyaan badan kita. Apabila kuman memasuki badan kita, sistem imun akan membuat lebih banyak antibodi dengan cepat untuk membunuh semua kuman yang menyerang.

Bagaimana Vaksin Berfungsi

Vaksin sebenarnya membantu sistem imun dengan melatih antibodi-antibodi ini untuk mengenalpasti kuman-kuman tertentu supaya sistem imun cukup bersedia apabila tiba masa kuman sebenar menyerang badan seseorang individu.

Bermula dengan suntikan, sejumlah kecil antigen dimasukkan ke dalam badan atau diberi melalui mulut atau hidung, melalui vaksin. Antigen melatih sistem imun untuk mengenalpasti kuman tertentu dan memulakan tindak balas tanpa membuatkan tubuh badan jatuh sakit.

Tindak balas merupakan proses di mana antibodi dihasilkan dan seterusnya ia akan mengenalpasti dan melawan kuman. Pada masa yang sama, badan kita menghasilkan sel memori.

Diibaratkan seperti tentera, sel memori dan antibodi akan bekerjasama untuk mengingat dan menyerang kuman apabila jangkitan berlaku. Bentuk pertahanan ini dipanggil sebagai imuniti aktif.

Ketahui Jenis Vaksin Anda

Pada asasnya, vaksin mengandungi sejumlah kecil kuman yang telah diubah suai untuk penyakit yang sama bagi melatih sistem imun kita. Walau bagaimanapun, disebabkan setiap penyakit berbeza, kuman di dalam vaksin juga diubah suai menggunakan kaedah yang berlainan.

1. Vaksin hidup/telah dilemahkan mengandungi kuman hidup tetapi telah dilemahkan. Contohnya, vaksin MMR, Campak, Cacar Air, dan Rotavirus.

2. Vaksin yang tidak diaktifkan (contoh: vaksin seluruh sel) menggunakan kuman yang telah dibunuh dengan bahan kimia, haba atau radiasi. Contoh termasuk vaksin Polio yang tidak diaktifkan dan vaksin Hepatitis A.

3. Vaksin subunit (contoh vaksin konjugat, tanpa sel, DNA dan vaksin rekombinan) hanya menggunakan bahagian kuman tertentu. Contoh termasuk vaksin Hepatitis B, Hib, Pneumokokus dan Meningokokus.

4. Vaksin Toksoid menggunakan toksin tidak aktif, yang dihasilkan oleh bakteria. Ini kerana sesetengah penyakit tidak disebabkan oleh bakteria tersebut tetapi toksin yang dihasilkan bakteria terbabit. Contoh termasuk Difteria dan Tetanus (sebahagian daripada vaksin DTP).

Tentang Immunise4Life
Hubungi Kami
Direktori Klinik
Dasar Privasi
Terma Penggunaan
Penafian

Sekretariat Immunise4Life
Ultra Works Sdn Bhd
23-5, Block B, the Suites, Jaya One,
72A, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya, Selangor.

© Immunise4Life, 2021
Reka bentuk oleh Ultra Works Sdn Bhd