Home Flu Lung Merokok, COPD & Influenza: Tiga Gabungan Berbahaya

Merokok, COPD & Influenza: Tiga Gabungan Berbahaya

Berjaga-jagalah sebelum terlambat

Merokok tidak baik untuk kesihatan tetapi ramai orang (mungkin juga anda sendiri atau orang yang tersayang) sukar untuk berhenti merokok. Tabiat yang buruk ini sangat berisiko kerana ia menyebabkan kira-kira 90% penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) iaitu sejenis penyakit paru-paru yang melemahkan.[1]

Influenza berbahaya jika anda menghidap COPD
Penghidap COPD sering menderita akibat batuk yang berlarutan dengan kahak yang banyak, sesak nafas, dan sakit dada kerana paru-paru dan sistem imun mereka menjadi lemah.[1] ,[2] Ini menjadikan anda lebih mudah dijangkiti influenza yang akan memburukkan lagi simptom-simptom COPD. Ini juga bermakna anda lebih cenderung untuk mengalami komplikasi serius yang boleh menyebabkan anda dimasukkan ke hospital atau mungkin juga membawa maut.[3]

Lindungi kesihatan anda dengan vaksinasi influenza
Cara yang paling baik untuk melindungi kesihatan anda adalah dengan berhenti merokok. Namun, sambil anda cuba berhenti merokok, pertimbangkanlah untuk mendapat vaksinasi influenza. Kajian telah menunjukkan bahawa vaksin influenza berkesan untuk pesakit-pesakit COPD dan mampu mengurangkan risiko untuk anda jatuh sakit dengan teruk dan dimasukkan ke hospital.[4]

Sekiranya kesihatan anda sering menjejaskan kehidupan anda, inilah masanya untuk menggantikan tabiat yang buruk dengan yang baik. Anda boleh memiliki kehidupan yang lebih berkualiti dengan membuat keputusan yang wajar.


References:
[1] Healthline. 2017. The Smoking and COPD Connection. https://www.healthline.com/health/copd/smoking#1 [Accessed Dec 19, 2017]
[2] Bhat et al. 2015. Immune Dysfunction in Patients with Chronic Obstructive Pulmonary Disease. Annals of the American Thoracic Society 12(2):S169-175.
[3] New York State Department of Health. N.d. You, Smoking, and the Flu. https://www.health.ny.gov/publications/2461.pdf [Accessed Dec 19, 2017]
[4] Menon et al. 2008. Comparison of outpatient visits and hospitalisations, in patients with chronic obstructive pulmonary disease, before and after influenza vaccination. Int J Clin Pract. 62(4):593-598.

SPMY.IFLU.18.01.0008a