Home Flu Lung Menjaga Ibu Bapa Dalam Usia Emas Mereka

Menjaga Ibu Bapa Dalam Usia Emas Mereka

Inilah masa yang terbaik untuk membalas kasih sayang ibu bapa anda

Dengan kehidupan yang sibuk, mudah untuk kita terbawa-bawa dengan urusan keluarga dan kerjaya. Pada masa yang sama, kita terlepas pandang bahawa ibu bapa kita semakin lanjut usia. Jadi bagaimanakah cara untuk menunjukkan kasih sayang anda kepada mereka? Jawapannya mudah sahaja.

1. Galakkan mereka mencari hobi – Kesunyian boleh memberi kesan negatif terhadap orang dewasa yang lanjut usia. Jadi, galakkan mereka mencuba aktiviti sosial seperti melancong atau melakukan senaman tai-chi. Kemudian, beri kejutan dengan menyertai aktiviti tersebut bersama mereka untuk mengeratkan hubungan anda dengan ibu bapa.

2. Tawarkan diri untuk membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan rutin di hospital – Anda bukan sahaja akan dilihat sebagai anak yang lebih bertanggungjawab, tetapi ini juga akan memberi manfaat kepada kesejahteraan ibu bapa anda apabila masalah kesihatan mereka dapat dikesan dengan lebih awal.

3. Ingat tarikh istimewa – Ibu bapa anda mungkin tidak kisah tentang hadiah tetapi mereka pasti menghargai perkara-perkara kecil seperti ucapan hari jadi melalui telefon atau jika anda pulang untuk menyambut hari istimewa bersama mereka.

4. Dapatkan vaksinasi untuk ibu bapa anda – Influenza tidak sama dengan demam selesema biasa. [1]Warga emas bukan sahaja mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami komplikasi yang serius atau mendapat jangkitan bakteria sekunder dari influenza, tetapi ia juga boleh membawa maut.[2] Oleh itu, bincanglah dengan doktor untuk mendapatkan vaksinasi terhadap influenza untuk mereka (dan anda sendiri!). Pertimbangkan juga untuk mendapatkan vaksin pneumokokus.

Dengan sokongan anda, anda boleh menjadikan usia emas mereka lebih selesa dan bermakna.


References:
[1] WebMD. Flu or cold symptoms? https://www.webmd.com/cold-and-flu/cold-guide/flu-cold-symptoms#1 [Accessed Dec 18, 2017].
[2] CDC. 2016. Flu symptoms & complications. https://www.cdc.gov/flu/about/disease/complications.htm [Accessed Dec 20, 2017].

SPMY.IFLU.18.01.0007a