Meneruskan Perjalanan Dengan Flu

Kira-kira 45 peratus [1] pelancong tidak akan membatalkan atau menunda penerbangan mereka apabila menghidap flu.
Apakah kesannya terhadap anda?

Menaiki kapal terbang ketika menghidap penyakit berjangkit sememangnya menyalahi etika perjalanan.

Namun, ramai tetap memilih untuk meneruskan penerbangan walaupun menghidap flu kerana tidak mahu bersusah-payah menjadual semula, menanggung kos tambahan atau membatalkan penerbangan mereka.

Tetapi, ini pasti memudaratkan penumpang lain, bukan?

Flu (atau influenza) merebak dengan mudah melalui titisan cecair dari hidung dan air liur seseorang yang dijangkiti kepada orang lain yang berada berhampirannya.

Tidak hairanlah flu merupakan salah satu penyakit yang paling banyak menjangkiti pelancong.[2]

Cuba bayangkan anda dijangkiti flu ketika dalam perjalanan atas urusan perniagaan. Bolehkah anda bekerja jika sukar bercakap kerana sakit tekak, berfikir dengan tenang ketika sedang demam panas, atau merancang strategi dengan baik apabila seluruh tubuh anda sakit dan menggigil? Pasti sukar untuk bersikap profesional jika anda kerap muntah dan tidak bermaya.[3].

Sedang ‘menikmati’ masa yang seronok. Kalaulah anda berada di sini.

Dijangkiti flu ketika bercuti juga sangat mengecewakan. Anda ingin menikmati percutian di destinasi impian anda, tetapi tidak larat untuk bangun. Akhirnya anda terbaring saja di katil, mungkin juga bersama dengan rakan-rakan atau ahli keluarga lain yang turut dijangkiti.

Bukan itu sahaja.

Flu juga boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti jangkitan sinus atau telinga, bronkitis, penyakit paru-paru obstruktif kronik, pneumonia dan ensefalitis.[3]

Ini boleh menyebabkan anda dimasukkan ke hospital (dan dibebani bil hospital yang tinggi) atau dalam kes yang lebih serius, membawa maut.

Bolehkah anda mengelak dari dijangkiti flu ketika dalam perjalanan? Jawapannya “Ya” jika anda mengambil langkah-langkah ini:

  • Dapatkan vaksin untuk mencegah flu. Ambil vaksin ini sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum memulakan perjalanan .[4]
  • Cuci tangan apabila menyentuh permukaan di kapal terbang dan elakkan dari menyentuh muka anda. Pastikan anda sentiasa membawa sanitiser. [5]
  • Akhir sekali, jika penumpang di sebelah anda kerap batuk dan bersin, dapatkan bantuan pramugari atau pramugara. Untuk tukar tempat duduk lain yang berada lebih 2 barisan dari penumpang tersebut .[2] Jika tidak dapat berbuat demikian, cadangkan supaya penumpang tersebut memakai topeng muka; ini boleh mengurangkan risiko penyebaran kuman kepada anda dan orang lain.


Rujukan

[1] Levine, IS. 2013. Why Air Passenger Fly with the Flu. https://www.huffingtonpost.com/irene-s-levine/flying-with-the-flu_b_4138648.html [Accessed November 7, 2017]
[2] Askling et al. 2010. Influenza in travellers. Curr Opin Infect Dis. 23:421-425
[3] CDC. 2016. Flu symptoms & complications. https://www.cdc.gov/flu/about/disease/complications.htm [Accessed Dec 21, 2016]
[4] CDC. 2016. Influenza prevention: information for travelers https://www.cdc.gov/flu/travelers/travelersfacts.htm [Accessed Dec 20, 2017]
[5] CDC. 2016. Preventing the flu: good health habits can help stop germs . https://www.cdc.gov/flu/protect/habits.htm [ Accessed November 7, 2017].

SPMY.IFLU.17.12.0474