Membesar dengan polio

Polio adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai poliovirus. Ia diketahui menyebabkan kelumpuhan dengan menyerang sistem saraf. Walau bagaimanapun, polio adalah penyakit yang jarang ditemui sekarang. Ini disebabkan vaksin polio yang telah diperkenalkan sejak lewat 1950-an. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan Malaysia bebas daripada polio dalam tahun 2000. Namun, ini tidak bermakna kita boleh leka, kita perlu berwaspada untuk memastikan Malaysia kekal bebas daripada polio.

Sertai Datuk Dr Zulkifli Ismail bersama sahabatnya, En Johanuddin, mengimbas cabaran yang dihadapi oleh En. Johanuddin, seorang pesakit polio ketika membesar bersama-sama.