Home Flu Lung Lindungi Anak Anda Yang Menghidap Lelah Daripada Influenza

Lindungi Anak Anda Yang Menghidap Lelah Daripada Influenza

Jangan biarkan influenza merumitkan masalah lelah anak anda dan membahayakan kesihatannya.

Tarik nafas, hembus nafas…ulang. Ini sepatutnya sangat mudah untuk dilakukan tetapi ia berbeza untuk anak anda. Anda tahu apabila bunyi nafasnya yang berdehit menjadi semakin kuat, diikuti dengan batuk atau kesukaran bernafas. Jadi, anda segera mengambil ubat atau mengejarkan anak anda ke hospital.

Anda akan membuat apa sahaja yang anda mampu untuk melindungi anak anda, namun apabila berada diluar rumah, anak anda terdedah kepada pelbagai risiko diluar kawalan anda termasuklah virus influenza yang sangat mudah berjangkit.[1] Kajian telah menunjukkan apabila pesakit lelah dijangkiti influenza, ia akan mencetuskan tindak balas keradangan berantai dan boleh menyebabkan serangan lelah. [2] Apa yang lebih membimbangkan, anak anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat radang paru-paru selepas dijangkiti influenza berbanding kanak-kanak yang tidak menghidap lelah. [3]

Amalkan panduan berikut untuk melindungi kesihatan anak anda:
1. Berikan anak anda vaksinasi influenza – Ia adalah langkah pertama dan yang paling penting untuk melindungi anak anda daripada influenza.[3] dan mengurangkan risiko dimasukkan ke hospital sebanyak 75%.[4].

2. Ambil ubat yang telah ditetapkan – Ini sangat penting untuk mencegah kerengsaan pada saluran pernafasan dan mengelakkan lelah daripada tercetus.[5]

3. Amalkan gaya hidup yang sihat – Mengambil diet yang seimbang dan mendapat tidur yang cukup akan menyokong sistem imun anak anda.[2]

Semoga kebimbangan anda akan berkurang apabila mengetahui anak anda turut mendapat perlindungan dari dalam.


References:
[1] WebMD. 2017. Children and the flu. https://www.webmd.com/cold-and-flu/flu-guide/children-and-flu-influenza#1 [Accessed Dec 5, 2017].
[2] Asthma UK. 2016. Colds and flu. https://www.asthma.org.uk/advice/triggers/colds-and-flu/ [Accessed Dec 19, 2017]
[3] CDC 2017. Flu and people with asthma. https://www.cdc.gov/flu/asthma/index.htm [Accessed Dec 19, 2017]
[4] Jain et al. 2013. Vaccine for Prevention of Mild and Moderate-to-Severe Influenza in Children. N Engl J Med. 369(26): 2481-2491
[5] Kids Health. 2017. Managing Asthma. http://kidshealth.org/en/parents/asthma-mgmt.html [Accessed Dec 19, 2017]

SPMY.IFLU.18.01.0009a