Home Beat The Flu Kekal Sihat Ketika Umrah

Kekal Sihat Ketika Umrah

Musim Umrah bakal tiba. Bagi jemaah yang akan pergi, banyak persiapan yang perlu dilakukan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Namun, ramai yang sering terlepas pandang tentang penjagaan kesihatan dalam perancangan Umrah mereka.

 

Tahukah anda bahawa anda sekeluarga mungkin terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berjangkit saluran pernafasan seperti influenza[1] di Tanah Suci? Kebarangkalian ini terjadi adalah tinggi kerana musim Haji & Umrah amat sesak dan padat dengan jemaah dari seluruh pelosok dunia.[2] Tapi jangan risau. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk melindungi anda sekeluarga daripada ancaman influenza.

1. Dapatkan vaksinasi untuk cegah influenza

Vaksinasi influenza amat digalakkan untuk jemaah Haji dan Umrah[3] kerana ia boleh mengurangkan 77% kemasukan ke hospital disebabkan oleh penyakit seakan influenza.[4] Vaksinasi influenza juga boleh melindungi anda daripada komplikasi serius seperti jangkitan telinga/sinus, radang paru-paru, kegagalan organ, serangan asma ataupun kematian.[5]

Ingin ketahui apa terjadi kepada Hanif & keluarganya di Tanah Suci? Klik sini.

2. Jaga kebersihan diri

Elakkan daripada menyentuh muka, mata atau hidung dengan tangan dan sentiasa basuh tangan menggunakan sabun.[6]

3. Elakkan pergaulan dengan orang sakit

Jauhi diri anda daripada jemaah lain yang sakit sepanjang anda berada di Tanah Suci untuk mengelakkan daripada mendapat jangkitan.[7]

4. Dapatkan rehat dan minum air secukupnya

Proses menyempurnakan Umrah akan menggunakan tenaga yang banyak. Pastikan anda mendapat rehat kerana sekiranya badan anda letih, anda mudah mendapat jangkitan.[8] Ia juga penting untuk minum air yang mencukupi bagi mengelak dehidrasi akibat cuaca panas terik.

Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, anda sekeluarga dapat menyempurnakan ibadah anda dalam keadaan sihat dan tenang.


Rujukan:
[1] Memish et al. 2011. Detection of respiratory viruses among pilgrims in Saudi Arabia during the time of a declared influenza A (H1N1) pandemic. J Travel Med. 19(1):15-21.
[2] Memish et al. 2011. Detection of respiratory viruses among pilgrims in Saudi Arabia during the time of a declared influenza A (H1N1) pandemic. J Travel Med. 19(1):15-21.
[3] MSIDC. 2014. Adult Immunisation Guidelines: Special Groups. 2nd Edition.
[4] MSIDC. 2014. Adult Immunisation Guidelines: Influenza. 2nd Edition.
[5] CDC. 2016. Flu symptoms & complications. https://www.cdc.gov/flu/about/disease/complications.htm [Accessed November 7, 2017]
[6] CDC. 2017. Influenza preventive steps. https://www.cdc.gov/flu/consumer/prevention.htm [Accessed November 7, 2017]
[7] CDC. 2017. Influenza preventive steps. https://www.cdc.gov/flu/consumer/prevention.htm [Accessed November 7, 2017]
[8] CDC. 2016. Preventing the flu: good health habits can help stop germs. https://www.cdc.gov/flu/protect/habits.htm [Accessed November 7, 2017]

SPMY.IFLU.17.11.0418