Home Anak Kekal Sihat Ketika Bercuti

Kekal Sihat Ketika Bercuti

Jangan biarkan flu atau masalah kesihatan lain merosakkan percutian impian anda

Jatuh sakit atau dimasukkan ke hospital ketika sedang bercuti sememangnya mengecewakan. Anda sepatutnya menikmati percutian, dan bukannya terlantar di katil memikirkan kerugian atas perbelanjaan yang dibuat untuk penginapan di hotel, makanan dan lawatan ke tempat-tempat menarik.

Sedang ‘menikmati’ masa yang seronok. Kalaulah anda berada di sini.
Berikut adalah cara-cara untuk mengelakkan percutian impian anda bertukar menjadi mimpi ngeri :

Dapatkan vaksin flu sebelum bercuti.

Lakukan ini terlebih dahulu kerana influenza (flu) adalah salah satu jangkitan yang paling banyak menjangkiti pelancong.[1] Anda sepatutnya mendapatkan vaksin flu setiap tahun kerana virus flu sentiasa berubah [2]. Jenis vaksin yang perlu diambil mungkin berbeza bergantung kepada destinasi anda [2] jadi beritahu doktor tempat yang ingin anda kunjungi.

Bawa ubat-ubatan.

Batuk, demam selesema, sakit kepala dan cirit-birit adalah antara masalah yang sering dialami oleh pelancong. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi tentang ubat-ubatan yang perlu dibawa. Jika anda membawa ubat-ubatan preskripsi, bawa bersama surat doktor kerana ia mungkin diperlukan oleh pihak berkuasa di negara tersebut.

Semua ubat-ubatan dah ada, saya bersedia untuk berlepas.

Ketahui di mana anda boleh mendapatkan bantuan.

Jika anda memerlukan bantuan perubatan, hubungi kakitangan hotel atau pemandu pelancong. Beritahu mereka tentang alahan atau masalah kesihatan anda.

Dapatkan perlindungan insurans.

Periksa polisi insurans anda sama ada ia merangkumi kemasukan ke hospital dan manfaat kecemasan di negara yang ingin anda kunjungi. Kebanyakan polisi insurans memerlukan anda membayar kos rawatan dahulu dan kemudian membuat tuntutan bayaran balik. Jadi, pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi di dalam akaun kad kredit anda. Jika perlu, maklumkan syarikat kad kredit mengenai tarikh dan destinasi percutian anda


Rujukan:
[1] Askling et al. 2010. Influenza in travelers. Curr Opin Infect Dis. 23:421-425
[2] WHO. 2017. Influenza. http://www.who.int/ith/vaccines/si_iAh1n1/en/ [Accessed Jan 27, 2017]

SPMY.IFLU.18.01.0003