Home Muslim Islah Dalam Imunisasi

Islah Dalam Imunisasi

Islah bermaksud transformasi dan tingkahlaku yang menuju ke arah kebaikan dan kesempurnaan. Islah juga member pengertian perubahan dari buruk kepada baik, dari baik kepada lebih baik dan seterusnya kepada kesempurnaan (Malik, 2011:237)

Be-betterIslah adalah tanda penting dalam kehidupan seseorang, yang merubah insane tersebut menjadi seseorang yang berusaha untuk mencapai ihsan(kecemerlangan) dalam kehidupan seharian dalam perjalanan ke arah falah, kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Justeru,konsep islah ini memainkan peranan penting dalam bidang program kesihatan dan perubatan, yang akhirnya mencetuskan kebajikan, keadilan, dan kesaksamaan dalam pembangunan ummah.

Kegigihan manusia dalam usaha membasmi penyakit telah menemui pelbagai kejayaan dalam imunisasi global dunia. Sejak kemunculan vaksin smallpox pada tahun 1796, dunia telah menyaksikan pembasmian penyakit yang mengancam nyawa dan mencacatkan tubuh manusia ini pada tahun 1980.

Transformasi (islah) ke arah pembasmian dan penghapusan penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin (VPD) melalui Program Imunisasi Global (EPI) adalah sejajar dengan keutamaan Maqasid Shari’ah.

Dunia kini boleh dikatakan bebas dari polio, dan penyakit polio hanya didapati di dua Negara –Pakistan dan Afghanistan, kedua-duanya negara Islam. Penyakit berjangkit yang boleh mencacatkan dan meragut nyawa ini berpunca dari virus polio yang mudah berjangkit. Virus polio menyerang otak dan saraf tunjang, mengakibatkan lumpuh.

female muslim doctorNigeria yang hanya bebas polio pada tahun 2015, merupakan tapak merebak polio suatu ketika dahulu. Pada tahun 2003-2006, polio dari Nigeria telah menular ke 25 buah negara di Afrika, Timur Tengah dan Asia.

Pelbagai faktor menyebabkan vaksin polio diboikot di Nigeria. Khabar angin dan maklumat yang salah mengatakan vaksin Oral Polio (OPV) mengandungi bahan tidak selamat yang boleh menyebabkan kemandulan dan OPV dihasilkan dari bahan-bahan yang haram.

Pakistan dan Afghanistan juga mengalami masalah yang sama, di mana orang ramai hilang keyakinan kepada OPV menyebabkan pengambilannya dan aktiviti Imunisasi Tambahan(SIAs) amat rendah yang gagal mencapai >80% kanak-kanak dalam negeri berisiko tinggi.

“Dunia kini boleh dikatakan bebas dari polio, dan penyakit polio hanya didapati di dua Negara –Pakistan dan Afghanistan, kedua-duanya negara Islam.”

Majlis Fatwa & Penyelidikan Eropah (ECFR) yang dipengerusikan oleh Syaikh Dr Yusuf Qaradawi dan dianggotai lebih dari 100 fuqaha Islam dari seluruh dunia telah menilai pelbagai isu perubatan termasuk imunisasi dari perspektif Shari’ah.

Dalam membenarkan penggunaan vaksin oral polio (OPV), ECFR telah mengeluarkan kenyataan yang tegas kepada semua fuqaha dan pemimpin Islam:

“Manfaat perubatan, sosial dan ekonomi yang diberikan oleh program imunisasi adalah amat berkesan dan tidak ditandingi program kesihatan am yang lain. Ini memenuhi konsep Islah dalam Islam.”

Pihak Majlis menggesa pemimpin Islam dan pegawai di Pusat Islam untuk tidak terlalu tegas dalam perkara khilaf (perbezaan pendapat) dan perkara yang boleh memberi banyak manfaat kepada kanak-kanak Islam selagi ianya tidak melibatkan pertikaian dengan hukum yang qati’.

Manfaat perubatan, sosial dan ekonomi yang diberikan oleh program imunisasi adalah amat berkesan dan tidak ditandingi program kesihatan am yang lain. Ini memenuhi konsep Islah dalam Islam.

Boleh dirumuskan bahawa kesemua fuqaha Islam yang terkemuka, majlis fatwa kebangsaan dan majma’fiqh (majlis fatwa) menyokong program imunisasi global dan menggesa semua umat Islam mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan melindungi diri mereka dari penderitaan penyakit yang boleh dicegah dengan imunisasi.