Imunisasi Untuk Warga Emas

Kekal sihat dan bebas untuk menikmati hidup anda

Apabila meningkat usia, sistem imun kita biasanya akan menjadi lemah. Jadi, tidak hairanlah ada di antara kita yang lebih mudah dan kerap jatuh sakit. Simptom-simptom selalunya lebih teruk dan kita memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh. Kebarangkalian mendapat komplikasi yang serius serta risiko kematian juga lebih tinggi.

Penyakit-penyakit cegahan vaksin boleh merampas kebebasan dan keseronokan hidup serta mungkin membuatkan kita menjadi bebanan kepada ahli keluarga tersayang. Namun, ada berita baik – imunisasi boleh membantu kita melalui usia emas dengan sihat agar kita dapat menikmati hidup dengan kasih sayang dan kebahagiaan.

lady coughing

Influenza (Flu)
  • 90% kematian akibat influenza berlaku di kalangan warga emas.
  • Vaksinasi tahunan disarankan kerana virus ini sentiasa berubah.

man coughing

Pertusis atau Batuk Kokol (Sebahagian dari vaksin Tdap)
  • Warga emas adalah reservoir penyakit ini dan boleh menjangkiti kanak-kanak dengan mudah.
  • 80% kes batuk kokol di kalangan kanak-kanak dijangkiti dari ahli keluarga.

hospitalised

Penyakit Pneumokokus (PnD)
  • Warga emas adalah 10 kali lebih cenderung dijangkiti PnD.
  • 30-40% kes berakhir dengan kematian.

shingles

Zoster (Kayap)
  • 1 daripada 3 orang akan dijangkiti kayap.
  • Anda boleh dijangkiti kayap lebih dari sekali.
  • Neuralgia pasca herpes adalah komplikasi yang boleh.
    • Berlanjutan selama beberapa bulan atau tahun.
    • Menyebabkan kemurungan akibat sakit yang berlarutan.
    • Meningkatkan kos rawatan.