Hargai Hidup Sepenuhnya Dengan Imunisasi

Elakkan jangkitan melalui seks, makanan dan kecederaan.

Hidup ini adalah untuk dihargai. Ada banyak makanan untuk dicuba, tempat untuk dilawati, dan pengembaraan untuk dilalui. Namun, semua ini mungkin berakhir jika anda jatuh sakit. Penyakit-penyakit berjangkit adalah antara penyebab utama kemasukan ke hospital di Malaysia1.

Kita hidup di dalam dunia yang penuh kuman. Jadi, ada kemungkinan untuk kita mendapat jangkitan daripada melakukan perkara yang disukai. Mujurlah ada vaksin yang boleh membantu melindungi kita. Lihat senarai berikut untuk mengetahui jika ia relevan untuk anda dan gaya hidup anda. Bebaskan diri dari kebimbangan, dapatkan imunisasi dan nikmati hidup anda sepenuhnya.

UNTUK YANG: AKTIF SECARA SEKSUAL

Human Papillomavirus  (HPV)

  • 1 daripada 2 lelaki dan wanita yang aktif dalam hubungan seksual akan dijangkiti HPV sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka1.
  • 90% daripada kes kanser serviks dan kanser dubur adalah disebabkan oleh HPV2.
  • Vaksinasi disarankan dari umur 9 hingga 45 tahun3.

Hepatitis B

  • Hepatitis B boleh membawa kepada kanser hati, penyebab ketiga tertinggi bagi kematian akibat kanser di seluruh dunia4.
  • Vaksinasi boleh memberikan perlindungan sepanjang hayat5.

UNTUK YANG: AKTIF SECARA FIZIKAL DENGAN RISIKO KECEDERAAN

Kancing Gigi

  • Anda boleh mendapat kancing gigi walaupun tercucuk duri bunga ros hanya sekali sahaja6.
  • Risiko lebih tinggi bagi mereka yang berusia lebih 55 tahun dan yang tidak mendapat suntikan penggalak sejak 10 tahun lalu7.

UNTUK: PENGGEMAR MAKANAN

Hepatitis A

  • Infeksi senang merebak kepada beberapa makanan kegemaran rakyat Malaysia (ketam, tiram, kerang) dan air yang tercemar8.

Demam Kepialu

  • Disebabkan oleh Salmonella typhi (bakteria) yang boleh hidup selama beberapa hari di dalam air tawar, kolam atau air laut, dan selama beberapa bulan di dalam telur dan tiram beku yang tercemar9.
  • 75% daripada kes berlaku ketika sedang melancong10.

References

  1. Ministry of Health Malaysia (2015) Health Facts 2015. Available at http://vlib.moh.gov.my/cms/documentstorage/com.tms.cms.document.Document_ef876440-a0188549-82a26f00-e6a36876/KKM_HEALTH_FACTS_2015.pdf
  2. Centers for Disease Control and Prevention [Internet]. Genital Human Papillomavirus (HPV). [cited 2015 April 20]. Available from: http://www.cdc.gov/std/hpv/common/ai/ai.pdf
  3. Centers for Disease Control and Prevention [Internet]. HPV-Cancer Associated Statistics. [cited 2015 June 4]. Available from: http://www.cdc.gov/cancer/hpv/statistics/
  4. World Health Organization (WHO) [Internet]. Human Papillomavirus vaccines: WHO position paper, October, 2014. Available from: http://www.who.int/wer/2014/wer8943.pdf
  5. Hep B Foundation [Internet]. Hep B and Primary Liver Cancer. [updated 2014 March 7, cited 2015 Jun 5] Available from: http://www.hepb.org/professionals/hepb_and_liver_cancer.htm
  6. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) [Internet] Vaccine Information Statement (VIS): Hepatitis B Vaccine. Available from: http://www.cdc.gov/vaccines/hcps/vis/vis-statemebt/hep-b.pdf
  7. Department of Health, Government of Western Australia [Internet].Tetanus.Available from: http://www.healthywa.gov.au/Healthy-WA/Articles/S_t/Tetanus
  8. World Health Organisation (WHO) [Internet].Weekly Epidemiologicalrecord (2006) No 20(81): pp. 197 – 208. Available from: http://www.who.int/wer/2006/wer8120.pdf
  9. World Health Organisation [Internet]. Fact Sheets: Hepatitis A. [updated 2014 June; cited 2015 April 20]. Available from: http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs328/en/
  10. Cho JC and Kim SJ. Viable, but non-culturable, state of a green fluorescence protein-tagged environmental isolate of Salmonella typhiin groundwater and pond water; 1999 FEMS Microbiology Letters;170:1:257
  11. Centers for Disease Control and Prevention [Internet]. Division of Foodborne, Waterborne and Environmental Diseases: Typhoid fever.[updated 2013 May 14; cited 2015 April 20]. Available from: http://www.cdc.gov/nczved/divisions/dfbmd/diseases/typhoid_fever/