Elakkan Dari Menjangkiti Kanak-Kanak

Tip imunisasi untuk ibu bapa dan penjaga

Sesetengah penyakit cegahan vaksin yang menyebabkan orang dewasa jatuh sakit selama hanya beberapa hari atau minggu, boleh membawa maut kepada kanak-kanak. Tidak kira sama ada kepada anak, cucu, anak saudara, atau kanak-kanak lain di dalam jagaan kita.

Ya, kita boleh membawa bahaya kepada kesihatan kanak-kanak, terutamanya bagi mereka yang masih terlalu kecil atau terlalu lemah untuk mendapat imunisasi. Oleh itu, jadilah orang yang bertanggungjawab dan dapatkan vaksin untuk diri anda.

Influenza (Flu)

  • Kanak-kanak adalah 2-3 kali lebih cenderung dijangkiti flu berbanding orang dewasa1.
  • Mereka tidak boleh diberikan vaksin sehingga berusia enam bulan atau lebih2.
  • Vaksinasi tahunan disarankan kerana virus ini sentiasa berubah3.

 

Poliomielitis (Polio)

  • Vaksinasi hanya disarankan jika anda tidak mendapat vaksin ini ketika kecil4.
  • 1 daripada 75 orang dewasa yang dijangkiti akan mendapat poliomielitis lumpuh5.
  • Wabak penyakit ini masih berlaku di seluruh dunia (termasuk Pakistan dan Indonesia)5.

 

Pertusis atau Batuk Kokol (Sebahagian dari vaksin Tdap)

  • Jangkitan batuk kokol kepada bayi boleh membawa maut6.
  • 80% kes batuk kokol di kalangan kanak-kanak dijangkiti dari ahli keluarga, dengan jangkitan dari ibu sebanyak 30-40%6.

References

  1. Prevent Childhood Influenza.org [Internet]. Calendar of observances and sample tweets/status updates. [cited 2015 April 20]. Available from: http://www.preventchildhoodinfluenza.org/resources/general-resources/seasonal-tweet-calendar.html
  2. World Health Organisation [Internet]. Biologicals: Measles. [cited 2015 June 10]. Available from: http://www.who.int/biologicals/areas/vaccines/mmr/measles/en/
  3. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) [Internet].Key Facts About Seasonal Flu Vaccine. Available from: http://www.cdc.gov/flu/protect/keyfacts.htm
  4. Australian Government Department of Health [Internet]. “The Australia Immunisation Handbook”. Available from: http://www.immunise.health.gov.au/internet/immunise/publishing.nsf/Content/Handbook-10-hom~handbook10part4
  5. Guidelines for Adult Immunisation. 2nd Edition. Malaysian Society of Infectious Diseases & Chemotherapy (MSIDC); 2014.
  6. Centers for Disease Control and Prevention [Internet]. Pertussis Frequently Asked Questions. [updated 2013 December 19; cited 2015 April 20]. Available from: http://www.cdc.gov/pertussis/about/faqs.html