Terlepas Pandang Tanda-tanda Penyakit

Selalunya, ibu bapa gagal mengenalpasti tanda-tanda pneumonia sehingga semuanya sudah terlambat.

Fikri, 5 tahun, menghidap cacar air. Dia nampak gembira dan bertenaga sehinggalah dia menghidap demam panas dan bernafas dengan laju. Dia mula batuk dan mengeluarkan jumlah kahak yang banyak. Akhirnya, dia dimasukkan ke hospital dan di diagnos dengan pneumonia.

Anusha mempunyai demam campak. Selain menghidap batuk kering dan hidung berair, dia mula bernafas dengan laju dan tercungap-cungap. Ibu bapanya menganggap dia menghidap asma. Mereka terkejut apabila doktor memberitahu bahawa Anusha menghidap pneumonia sekunder kepada demam campak.

Liyana, 1 tahun, mengalami jangkitan telinga yang didapatinya dari pusat penjagaan harian. Dia mengalami sakit yang teruk serta demam, dan akhirnya batuk dengan teruk. Apabila di diagnos, doktor berkata bahawa bakteria dari telinganya telah merebak ke bahagian paru-paru dan meyebabkan Liyana menghidap pneumonia.

Mei Ling berusia 6 bulan apabila dia mengalami pertusis atau batuk kokol. Batuk tanpa henti itu sangat teruk sehingga dia tidak boleh menangis. Pada hari keenamnya di hospital, kekejangan batuknya semakin bertambah baik, namun dia mula menghidap demam panas dan termengah-mengah di antara waktu batuk. Sinaran x-ray di bahagian dada mengesahkan yang dia menghidap pneumonia.

Kes Tersilap Identiti

Pada awalnya, setiap kanak-kanak ini mempunyai jangkitan yang berbeza. Tetapi, mereka semua berakhir dengan pneumonia.
Penyakit yang serius ini merupakan salah satu penyebab utama kematian kanak-kanak di seluruh dunia dan turut menyebabkan kematian seorang kanak-kanak setiap 20 saat1. Di Malaysia, prevalens pneumonia di kalangan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun adalah di antara 28% – 39%4.

Pneumonia biasanya disebabkan oleh virus tetapi, bakteria Streptococcus pneumoniae (S.pneumoniae) merupakan bakteria paling lazim yang menyebabkan penyakit ini1, 2. Bagaimanapun, anak anda juga boleh mendapat pneumonia daripada komplikasi penyakit lain, yang turut melemahkan sistem imun mereka.

 

Terlepas Pandang. Don’t miss or mistake the signs and symptoms of pneumonia. Early detection can make all the difference.

 

Malangnya, ibu bapa dan doktor selalunya terlepas pandang simptom-simptom awal penyakit yang membawa maut ini (lihat info grafik yang disertakan) dan mengabaikannya sebagai tanda batuk lazim atau selesema sehinggalah semuanya terlambat. Keadaan ini sangat merisaukan kerana ibu bapa selalu menganggap tanda-tanda dan simptom-simptom pneumonia sama seperti penyakit lazim yang lain, menyebabkan penyakit ini berterusan tanpa dirawat.

 

Sebenarnya, dengan pengesanan awal, doktor mampu merawat penyakit itu dengan rawatan yang kurang drastik dan invasif, biasanya menggunakan antibiotik oral. Sebaliknya, pengesanan pneumonia pada peringkat lewat selalunya melibatkan antibiotik intravena dan apabila terdapat cecair di dalam dada (empiema), rawatan yang lebih invasif digunakan.

Disebabkan pneumonia merupakan penyakit yang tersembunyi dan berbahaya, perkara yang terbaik adalah dengan mengelak daripada penyakit tersebut. Sila lihat info grafik yang disertakan untuk maklumat lanjut.

Hari Pneumonia Sedunia disambut setiap tahun di seluruh dunia, untuk itu, langkah-langkah pencegahan boleh diambil untuk mengelakkan penyakit yang berbahaya ini daripada menjangkiti anak anda. Disebabkan kurang kesedaran di kalangan ibu bapa serta bahaya penyakit ini, anak anda terpaksa meluangkan masa di hospital dalam masa yang lama malah ia juga boleh mengancam nyawa anak anda.

Dengan memberi perhatian kepada simptom awal pneumonia pada anak anda, anda boleh mengelakkan rawatan yang menyakitkan, malah juga dapat menyelamatkan nyawa anak anda. Vaksinasi merupakan komponen penting untuk mengelakkan pneumonia di kalangan anak anda serta mengurangkan kadar kematian kanak-kanak. Jangan berlengah lagi, lengkapkan anak anda dengan vaksinasi terhadap penyakit yang membawa maut hari ini. Ketahui lebih lanjut daripada pengamal perubatan anda.

Artikel ini disokong oleh GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada program “Immunise4Life (IFL) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Pediatrik Malaysia dan Persatuan Penyakit Berjangkit & Kemoterapi Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari www.ifl.my

pneu-infographics