Soalan-soalan Yang Lazim Ditanya Mengenai Ujian Pap Smear

S: Bagaimanakah ujian ini dijalankan?

J: Doktor atau jururawat akan mengambil sampel
 sel serviks dengan menggunakan berus kecil atau spatula1,2. Prosedur ini mungkin menyebabkan sedikit ketidakselesaan3.

S: Bilakah waktu terbaik untuk anda menjalani pemeriksaan Pap smear?


J: Ujian Pap smear sebaik-baiknya dijalankan 5 hingga 10 hari selepas haid1,4. Elakkan jalani ujian Pap smear pada masa anda mengalami haid kerana ini boleh menjejaskan keputusan ujian3.

S: Bagaimanakah anda boleh bersedia?

J: Untuk memastikan ketepatan keputusan pemeriksaan anda, elakkan perkara-perkara yang berikut dalam masa satu hingga dua hari sebelum menjalani pemeriksaan3,4:

  • Membilas vagina dengan larutan cecair (douche)
  • Menggunakan tampon
  • Melakukan hubungan seks
  • Memasukkan sesuatu ke dalam vagina seperti krim, ubat dan sebagainya

S: Bagaimanakah jika keputusan Pap smear anda tidak normal?


J: Keputusan yang tidak normal tidak semestinya bermakna anda menghidap kanser1,3. Doktor akan melakukan ujian-ujian tambahan sebelum tindakan selanjutnya.

S: Di manakah saya boleh menjalani pemeriksaan Pap smear? Adakah ianya mahal?


J: Ujian Pap smear boleh dilakukan secara percuma di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan, atau dengan bayaran yang tertentu di hospital dan klinik swasta5.

 

TUC logo plaque BM v1-01

Rujukan

  1. Ministry of Health Malaysia MyHealth website, Ujian Saringan Kanser Serviks, http://www.myhealth.gov.my/index. php/organ-pembiakan/ujian-saringan-kanser-servik (accessed 30 October 2014).
  2. Ministry of Health Malaysia, Academy of Medicine Clinical Practice Guideline – Management of Cervical Cancer, April 2003.
  3. World Health Organization, Comprehensive Cervical Control: A Guide to Essential Practice, http://www. who.int/reproductivehealth/publications/cancers/9241547006/en/ (accessed on 5 December 2014).
  4. American Cancer Society, Cervical Cancer Prevention and Early Detection, http://www.cancer.org/acs/groups/cid/documents/webcontent/003167-pdf. pdf (accessed on 13 November 2014).
  5. United States National Library of Medicine, Pap Smear, http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/003911.htm (accessed on 13 November 2014).