Nampak Kuning? Anda Mungkin Ada Demam Kuning

Demam kuning adalah demam virus yang tersebar melalui gigitan daripada nyamuk yang dijangkiti. Sesetengah mangsa demam virus ini mungkin mengalami jaundis (mata dan kulit menjadi kuning) dan ini memberikan penyakit ini namanya.

Dianggarkan terdapat 200,000 kes demam kuning, menyebabkan 30,000 kematian, di seluruh dunia setiap tahun. Sembilan puluh peratus kematian berlaku di Afrika. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, jumlah kes demam kuning telah meningkat sepanjang dua dekad yang lepas. Ini disebabkan oleh imuniti popoulasi terhadap jangkitan telah menurun, penebangan hutan, urbanisasi, migrasi populasi dan perubahan iklim.

Demam Kuning: Bukan Selalunya Kuning

Demam kuning mempunyai pelbagai simptom yang biasanya muncul 3-6 hari selepas jangkitan. Ini termasuk

 Demam yang muncul tiba-tiba

 Kesejukan

 Sakit kepala yang teruk

 Sakit belakang

 Sakit badan yang umum

 Mual

 Muntah

 Keletihan

 Lemah

Kira-kira 15% yang dijangkiti akan berterusan ke fasa kedua, jenis yang serius. Mereka yang mempunyai jenis yang serius akan mengalami jaundis, pendarahan dan seterusnya kejutan dan kegagalan pelbagai organ. Selain itu, 20-50% mereka yang mengalami jenis yang serius berkemungkinan untuk meninggal dunia. Mereka yang pulih pula akan menjadi lemah dan letih selama beberapa bulan.

Menghilangkan Simptom Sahaja yang Boleh Dilakukan

Tiada rawatan spesifik untuk penyakit ini. Ini bermakna ahli profesional kesihatan hanya mampu untuk merawat dan menyembuhkan simptom penyakit, seperti menggalakkan rehat, meningkatkan pengambilan cecair dan menyediakan ubat untuk mengurangkan kesakitan dan demam.

Pesakit demam kuning dinasihatkan untuk tinggal di rumah atau di dalam kelambu untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan.

Pencegahan Lebih Baik Daripada Rawatan

WHO mengekalkan vaksinasi sebagai kaedah pencegahan yang paling penting terhadap demam kuning, terutamanya mereka yang mengembara ke Amerika Selatan dan Afrika. Ini kerana virus tersebut berada di kawasan tropika dan subtropika Amerika Selatan dan Afrika. Vaksin ini selamat dan sangat berkesan, satu dos tunggal cukup untuk memberikan imuniti sepanjang hayat.