Difteria: Malaikat yang Melemaskan

Difteria, kadang-kala dipanggil sebagai “Malaikat Melemaskan”, adalah penyakit yang sangat serius. Apabila seseorang mendapat difteria, mereka perlahan-lahan mati lemas, disebabkan toksin bakteria menyebabkan lapisan mukus yang tebal menghalang laluan udara. Walaupun kes seperti ini kelihatan jarang berlaku, terdapat negara di mana difteria masih berleluasa. Ia juga merebak dengan sangat mudah. Difteria, seperti juga penyakit lain, tidak mendiskriminasi – sesiapa jua boleh mendapat penyakit.

Dato’ Dr Musa Mohd Nordin berbicara mengenai kepentingan untuk mencegah penyakit dan juga vaksin yang mencegah penyakit.