7 Fakta Penting Mengenai Kanser Serviks

0
7 Fakta Penting Mengenai Kanser Serviks

Kanser serviks adalah kanser yang ketiga paling lazim berlaku dalam kalangan wanita di Malaysia1, dan kira-kira 2,145 wanita di Malaysia didiagnos menghidap kanser serviks setiap tahun (anggaran untuk tahun 2012)2.

Mujurlah risiko mendapati kanser serviks boleh dikurangkan dengan ujian calitan Pap yang tetap dan anda boleh mendapatkan nasihat doktor mengenai vaksinasi HPV. Yang berikut ialah 7 Fakta Penting Mengenai Kanser Serviks:

  1. Kanser serviks berlaku apabila sel-sel malignan berubah di dalam dinding serviks3
  2. 99% kes kanser serviks disebabkan oleh Human Papillomavirus (HPV)4.
  3. 70% daripada kes-kes kanser serviks disebabkan oleh HPV-16 dan HPV-184.
  4. Jangkitan HPV sangat lazim berlaku.
Ia menjangkiti 1 dalam setiap 2 orang dewasa yang aktif secara seksual5.
  5. Dalam kebanyakan kes, jangkitan ini akan pulih sendiri. Dalam sesetengah kes, virus HPV boleh kekal di dalam tubuh dan menyebabkan pertumbuhan sel yang tidak normal di dalam serviks wanita yang dijangkitinya4.
  6. Risiko menghidap kanser serviks adalah lebih tinggi bagi wanita yang merokok, mempunyai lebih daripada seorang pasangan seksual, pernah dijangkiti penyakit berjangkit seksual dan mempunyai sistem imun yang lemah3,6.

kanser serviks

Sumber: Fauci AS et al., Harrison’s Principles of Internal Medicine, 17th Edition: http:/www.accessmedicine.com

7. Wanita yang menghidap kanser serviks dan pra- kanser pada peringkat awal biasanya tidak mengalami sebarang gejala3,7. Biasanya gejala bermula apabila sel kanser menjadi ganas dan merebak ke dalam tisu yang berdekatan7. Apabila ini berlaku, gejala yang paling lazim berlaku ialah:

  • Pendarahan yang tidak normal dari faraj seperti pendarahan selepas melakukan hubungan seksual, selepas menopaus, berlaku antara kitaran haid, dan menpunyai haid yang lebih lama atau lebih banyak dari biasa
  • Pengeluaran lelehan yang tidak normal dari faraj – ia mungkin bercampur darah dan keluar antara kitaran haid atau selepas menopaus3,7.
  • Rasa sakit di faraj ketika melakukan hubungan seks7

 

TUC logo plaque BM v1-01

Rujukan

      1. Ministry of Health Malaysia, National Cancer Registry Report 2007, Malaysia Cancer Statistics – Data and Figure.
      2. World Health Organization (WHO), ICO, 2013 Malaysia Human Papillomavirus and Related Cancers, Fact sheet, http://www.hpvcentre.net/statistics/reports/MYS_FS.pdf (accessed on 13 November 2014).
      3. Saonere JA, Awareness Screening Programme Reduces The Risk of Cervical Cancer in Women, African Journal of Pharmacy and Pharmacology 2010, Vol 4.
      4. Centres for Disease Control and Prevention (CDC), Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases: The Pink Book, 12th ed. CDC 2012.
      5. Centres for Disease Control and Prevention (CDC), Sexually Transmitted Diseases Guidelines, 2010. MMWR2010:59 (No. RR-12).
      6. Chaturvedi AK et al., Risk of Human Papillomavirus-Associated Cancers Among Persons with AIDS, Journal of National Cancer Institution 2009, Vol 101.
      7. American Cancer Society, Cervical Cancer Prevention and Early Detection, http://www.cancer.org/acs/groups/cid/documents/webcontent/003167-pdf. pdf (accessed on 13 November 2014).
      8. World Health Organization, Human Papillomavirus and Cervical Cancer, 2013. http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs380/en/ (accessed on 31 October 2014).