Dapatkan Vaksin Untuk Kehamilan Yang Sihat

Berikan bayi anda permulaan yang sihat untuk kehidupan!

Setiap bakal ibu berharap kandungan mereka dilahirkan dengan sihat dan normal. Inilah sebabnya penting untuk ibu mendapatkan imunisasi. Ia membantu mencegah jangkitan-jangkitan serius yang boleh menyebabkan kemandulan, kecacatan ketika lahir dan keguguran.

Berikut adalah vaksin-vaksin yang perlu diketahui oleh setiap ibu bapa. Ambil perhatian bahawa vaksin MMR dan varisela hanya boleh diberikan sebelum hamil, manakala vaksin Tdap sebaik-baiknya diberikan ketika trimester ketiga kehamilan. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sebelum Mengandung

pregnancy

Demam Campak (Sebahagian dari vaksin MMR)
  • Salah satu penyakit yang paling berjangkit\ di dunia. Virus masih kekal walaupun orang yang dijangkiti tidak lagi berada di tempat yang sama.
  • Orang dewasa yang tidak mempunyai bukti imuniti untuk demam campak perlu mendapatkan sekurangkurangnya 1 dos vaksin MMR.
  • Demam campak ketika hamil meningkatkan risiko kelahiran pramatang, keguguran spontan, dan berat bayi yang rendah ketika lahir.

mumps

Beguk (Sebahagian dari vaksin MMR)
  • Ketidaksuburan adalah satu komplikasi beguk di kalangan lelaki dewasa.

brain

Rubela (Sebahagian dari vaksin MMR)
  • Menyebabkan Sindrom Rubela Kongenital (CRS), yang membawa kepada kecacatan ketika lahir dan keguguran.

infant chickenpox

Varisela (atau dikenali sebagai Cacar Air)
  • Ibu-ibu yang dijangkiti cacar air dalam masa 5 hari sebelum, dan 2 hari selepas bersalin boleh membawa bahaya yang serius kepada bayi mereka.

Semasa Mengandung

infant coughing

Pertusis atau Batuk Kokol (Sebahagian dari vaksin Tdap)
  • CDC mencadangkan ibu-ibu untuk mendapatkan vaksinasi pada minggu ke 27-36 gestasi untuk setiap kehamilan. Ini akan memberi perlindungan jangka masa pendek sebaik sahaja bayi dilahirkan.

tetanus

Kancing Gigi (Sebahagian dari vaksin Tdap)
  • Kancing gigi neonatal terjadi apabila spora bakteria menjangkiti tunggul tali pusat bayi yang baru lahir.
  • Kancing gigi neonatal menyebabkan 8.5% kes kematian di kalangan bayi.