Home New Year Cara-Cara Mengatasi Keresahan Apabila Berjauhan Daripada Anak-anak

Cara-Cara Mengatasi Keresahan Apabila Berjauhan Daripada Anak-anak

Anda mungkin tidak mempunyai pilihan untuk menjaga anak sendiri di rumah, tetapi strategi-strategi ini berguna untuk membantu anda melalui hari bekerja

Kajian menunjukkan bahawa hingga 67% ibu-ibu bekerja mengalami keresahan untuk berpisah dengan anak mereka apabila kembali bekerja. [1] Berikut adalah 3 strategi yang boleh membantu menenangkan anda jika anda perlu menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak.

1.Luangkan masa berkualiti di waktu pagi

Memang mudah untuk berasa gelisah apabila memikirkan betapa banyaknya tugas yang perlu disiapkan setiap pagi. Namun, anda boleh memulakan hari dengan selesa dengan menyediakan semua yang anda perlukan pada malam sebelumnya.  Daripada merungut tentang perkara-perkara yang tidak penting, anda boleh menggunakan masa waktu pagi untuk bermanja dengan si comel sebelum pergi kerja.

2.Tinggalkan anak anda bersama penjaga yang boleh dipercayai

Pilih pusat jagaan kanak-kanak yang sesuai dengan meneliti setiap pilihan yang ada. Kemudian, minta pekerja untuk berkongsi beberapa gambar anak anda semasa berada di pusat jagaan tersebut. Anda pasti senang hati melihat gambar-gambar anak bermain dengan gembira bersama rakan-rakan barunya.

3. Dapatkan vaksin untuk melindungi anak anda setiap hari
Setiap ibu mempunyai naluri semula jadi untuk melindungi anak-anak mereka daripada bahaya. Namun, terlalu memikirkan tentang kesihatan dan keselamatan anak anda di pusat jagaan akan hanya meletihkan anda. Jadi, bantulah anak anda (dan diri anda) dengan mendapatkan vaksinasi influenza. Influenza tidak sama seperti demam selesema biasa[2]; simptom-simptom dan komplikasi-komplikasi influenza jauh lebih serius, termasuklah sinus/jangkitan telinga, serangan lelah, radang paru-paru, dan ensefalitis (radang otak)[2],[3]. Yakinlah bahawa anda melindungi anak anda daripada penyakit yang seriusdan sangat mudah berjangkit.[4] Pada masa yang sama, anda juga boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan vaksinasi pneumokokus dan meningokokus untuk anak anda.

Ibu-ibu sekalian, memang sukar untuk berpisah dengan anak-anak disebabkan kerja. Akan tetapi, hargailah setiap masa yang anda ada bersama anak anda. Apabila anda mengimbas kembali kenangan ini di masa hadapan, anda pasti menghargai setiap detik berharga tersebut.


References:
[1] Working Mother. 2017. Going back to work after having a baby. https://www.workingmother.com/new-momwork/back-work [Accessed Dec 6, 2017].
[2]Utah Flu Fighters. 2010. Difference Between Cold and Flu Symptoms. http://health.utah.gov/epi/diseases/influenza/education_mat/ColdvsFlu_Eng.pdf [Accessed Dec 7, 2017] [3]CDC. 2016. Children, the flu, and the flu vaccine. https://www.cdc.gov/flu/protect/children.htm [Accessed Dec 20, 2017] [4]CDC. 2016. Key facts about influenza. https://www.cdc.gov/flu/keyfacts.htm [Accessed Dec 20, 2017]

SPMY.IFLU.17.12.0471a