Bakal menjalankan Haji atau Umrah?

Bakal menjalankan Haji atau Umrah?

Salah satu dari persiapan utama sebelum menunaikan fardu Haji atau Umrah ialah mendapatkan vaksinasi yang diperlukan. Dengan lebih kurang 2 juta umat Islam di tanah suci setiap musim Haji, Kementerian Kesihatan Arab Saudi memantau syarat kesihatan dengan ketat untuk menghalang penyakit berjangkit melanda dan merebak di tanah suci.

Pic - Mecca

Sesetengah vaksin seperti untuk penyakit meningococcaldiwajibkan untuk setiap umat sebelum menunaikan ibadat Haji. Vaksin lain yang tidak diwajibkan juga disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Penyakit Meningococcal Invasif (IMD)

Orang dewasa dan kanak-kanak berusia lebih dari dua tahun yang menjalankan ibadat Umrah atau Haji (atau bekerja di Tanah Suci pada musim Haji) perlu mengemukakan sijil vaksinasi terhadap penyakit IMD yang telah dikeluarkan tidak lebih dari 3 tahun dan tidak kurang dari 10 hari sebelum tiba di Arab Saudi.

Vaksin pilihan adalah jenis Vaksin Konjugat Meningococcal (MCV).Ia boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah 2 tahun dan menatijahkan memori immuniti dan immuniti kelompok. Tiga vaksin MCV yang didapati dalam pasaran ialah Menveo (Glaxo Smith Kline); Menactra (Sanofi Pasteur) dan Nimenrix (Pfizer).

Vaksin Konjugat ini menggantikan vaksin Meningococcal Polysaccharid (MPSV) yang hanya boleh digunakan ke atas kanak-kanak selepas usia dua tahun dan tidak memberikan immuniti memori atau immuniti kelompok. Contoh MPSV ialah Menomune (Sanofi Pasteur) dan Mencevax (GSK).