Apa Akan Berlaku Jika Kita Menolak Imunisasi?

Vaksin sangat baik untuk mencegah penyakit. Vaksin juga telah menyelamatkan jutaan nyawa dan mengurangkan jumlah penyakit selama ini. Malah kita lebih berisiko tanpa imunisasi.

  1. Kita mendedahkan orang tersayang kepada risiko. Jika kita tidak mendapatkan imunisasi, kita mungkin menjadi pembawa kuman secara senyap. Badan kita boleh menjadi tempat berlindung untuk kuman tanpa menunjukkan apa-apa simptom. Kita boleh menyebarkan kuman kepada orang tersayang atau orang lain yang akan menderita akibat jangkitan tersebut.
  1. Kita lebih banyak berbelanja. Penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin adalah lebih murah dicegah berbanding dirawat. Vaksin masih lagi menjimatkan wang anda kerana ia mengurangkan lawatan ke hospital dan mengurangkan kos rawatan termasuk kos penjagaan kesihatan.
  1. Kita menghampakan mereka yang bergantung kepada kita. Penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin seperti flu boleh menyebabkan kita tidak bekerja atau menyebabkan kita tidak mampu untuk menjaga mereka yang bergantung kepada kita (contohnya anak-anak kita dan ibu bapa yang sudah tua). Virus influenza sederhana boleh bertahan selama 15 hari, dengan lima atau enam hari cuti sakit.
  1. Kita mendedahkan komuniti kepada risiko. Imunisasi boleh melindungi komuniti apabila bilangan orang yang telah diberikan imunisasi dalam komuniti telah mencapai bilangan yang cukup. Terdapat sesetengah orang dalam komuniti kita tidak boleh mendapatkan imunisasi disebabkan oleh masalah perubatan. Apabila kita bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan imunisasi, kita yang berisiko mengurangkan peratusan perlindungan, dan seterusnya kehilangan perlindungan.
  1. Kita berisiko menghadapi wabak. Jika kita tidak diberikan imunisasi, kita kehilangan imuniti kelompok dan berisiko menghadapi wabak. Penyakit yang dahulunya dapat dielakkan dengan imuniti kelompok, akan mempunyai peluang untuk merebak.
  1. Kita menutup peluang. Sekolah-sekolah juga telah mula menolak kemasukan terhadap kanak-kanak yang tidak diberikan imunisasi. Dalam situasi yang berbeza pula, sesetengah negara telah mewajibkan vaksinasi apabila mengeluarkan visa perjalanan. Contohnya, pengembara yang tidak diberikan imunisasi terhadap penyakit meningokokus tidak dibenarkan melawat Saudi Arabia.