Home Haji & Umrah Ancaman Pneumokokus Kepada Jemaah Haji

Ancaman Pneumokokus Kepada Jemaah Haji

Jemaah Haji perlu melindungi diri daripada jangkitan pneumokokus yang boleh membawa maut

Jangkitan pneumokokus menyebabkan radang paru-paru, faktor utama kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan jemaah Haji [1]. Risiko para jemaah Haji mendapat penyakit ini adalah lebih tinggi kerana mereka berada di dalam keadaan yang sesak bersama-sama jutaan umat Islam yang lain di tanah suci [1]. Di samping itu, majoriti daripada jemaah Haji Malaysia mempunyai faktor risiko yang meningkatkan kemungkinan mereka mendapat komplikasi serius atau maut disebabkan penyakit pneumokokus [2].

Apakah itu penyakit pneumokokus?

Penyakit pneumokokus disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae [3]. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa ia adalah penyebab lebih daripada satu juta kematian setiap tahun di seluruh dunia [3]. Penyakit pneumokokus boleh merebak dalam kalangan jemaah Haji secara langsung melalui rembesan mulut atau hidung semasa batuk, bersin, atau bercakap [3].

Tahukah anda komplikasi akibat penyakit pneumokokus?

null

null

Apa simptom penyakit pneumokokus?

Antara simptom-simptom penyakit pneumokokus adalah demam, susah atau sakit dada semasa bernafas, batuk dan kecelaruan tahap kesedaran [4]. Kebanyakan simptom-simptom ini boleh disalah anggap sebagai demam biasa. Sekiranya anda mempunyai simptom yang disebutkan di atas, jangan teragak-agak untuk berjumpa dengan doktor. Pihak pengurusan Haji Malaysia amat prihatin dan ada menyediakan bantuan perubatan untuk para jemaah apabila diperlukan.

Jemaah Haji yang berisiko tinggi terhadap penyakit Pneumokokus ini?

null

null

Cara pencegahan yang efektif?

Vaksinasi pneumokokus adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan pneumokokus dalam kalangan jemaah Haji terutama yang berisiko tinggi [3].

Terdapat dua jenis vaksin pneumokokus yang ada untuk jemaah Haji dan kedua-dua vaksin ini hanya boleh didapati di klinik swasta [3]:

  1. Vaksin Pneumokokus Polisakarida (PPSV)
  2. Vaksin Pneumokokus Konjugat (PCV).

Ambil vaksin pneumokokus sebagai usaha anda untuk menjaga kesihatan semasa di tanah suci dan menunaikan ibadah Haji dengan sempurna. Usaha dan Tawakal, vaksinasi sebagai bekal.

Artikel ini dihasilkan oleh kempen Imunisasi Jemaah Haji anjuran program Immunise4Life di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) dan Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi (MSIDC) bersama Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia dan Persatuan Perubatan Malaysia. Disokong oleh Merck Sharp & Dohme (Malaysia).


References:
[1]Al-Tawfiq, A. J. & Memish, Z. A. (2016) Prevention of pneumococcal infections during mass gathering. Hum. Vaccines Immunother 12(2):326-330.
[2]Rashid, H. et al. (2013) The potential for pneumococcal vaccination inn Hajj pilgrims: Expert opinion. Travel Med Infect Dis 11:288-294.
[3]Alharbi, N.S. et al. (2016) The Saudi Thoracic Society: pneumococcal vaccination guidelines-2016. Ann Thorac Med 11:93-102.
[4]CDC. 2017. Symptoms and Complications. Retrieved from: https://www.cdc.gov/pneumococcal/about/symptoms-complications.html [Accessed Mac 6, 2018]

Copyright © 2018 Merck Sharp & Dohme (M) Sdn. Bhd., a subsidiary of Merck & Co., Inc., Kenilworth, NJ, USA. All rights reserved. VACC-1175680-0244 06/18