Home Haji & Umrah Agar Peluang Haji Tidak Disia-siakan

Agar Peluang Haji Tidak Disia-siakan

Pneumonia penyebab utama kemasukan ke hospital dalam kalangan jemaah Haji, menghalang ibadah yang sempurna [1]

Berpuluh tahun berhempas pulas memerah keringat, menabung hasil pendapatan untuk Haji yang ditunggu-tunggu, kadangkala selama berdekad-dekad. Bayangkan perasaan anda sekiranya pelaksanaan ibadah Haji akhirnya terbantut kerana jatuh sakit tenat semasa di tanah suci. Jika segala persiapan, usaha pencegahan penyakit telah dilakukan, mungkin mudah untuk anda menerima dengan hati terbuka. Tetapi sekiranya ianya disebabkan sikap sambil lewa atau kecuaian diri sendiri, tentu besar penyesalan.

Peluang melaksanakan ibadah Haji adalah satu anugerah daripada Allah swt, namun kita juga perlu menyedari bahawa terdapat cabaran-cabaran yang perlu dihadapi termasuk risiko mendapat penyakit berjangkit [1]. Perhimpunan jutaan jemaah Haji dari seluruh dunia di Makkah pada satu masa menyebabkan jangkitan lebih mudah merebak [1]. Penyakit pneumokokus adalah salah satu penyakit berjangkit pembawa maut yang memberi ancaman kepada jemaah Haji [1].

Penyakit pneumokokus membantutkan ibadah Haji

Penyakit pneumokokus adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae [2].Ia boleh menyebabkan radang paru-paru atau pneumonia dan merupakan faktor utama kemasukan ke hospital di kalangan jemaah Haji [1]. Kes kemasukan ke hospital banyak berlaku semasa atau selepas jemaah Haji melakukan wukuf [3]. Ini disebabkan oleh kedudukan jemaah haji yang rapat dan sesak semasa di dalam khemah-khemah di Mina [3]. Bagi sesetengah jemaah, mereka jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital sebelum sempat menunaikan wukuf. Ini boleh mengakibatkan mereka tidak dapat melaksanakan salah satu rukun Haji dan Haji mereka boleh dianggap tidak sah [4].

Anda mungkin terdedah kepada penyakit pneumokokus

Jemaah Haji berisiko diserang penyakit pneumokokus [1]. Selain boleh menyebabkan radang paru-paru yang teruk, ia juga boleh menyebabkan jangkitan dalam darah dan kematian[5].  Sekiranya anda berumur 65 tahun ke atas, mempunyai penyakit kronik sedia ada seperti sakit jantung atau diabetes atau merokok, risiko kematian dan sakit tenat disebabkan oleh jangkitan pneumokokus adalah sangat tinggi [6].

Jemaah Haji amat digalakkan mengambil vaksinasi pneumokokus

Pengambilan vaksin pneumokokus adalah antara kaedah pencegahan jangkitan pneumokokus yang efektif dalam kalangan jemaah Haji [6]. Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan para jemaah Haji untuk mengambil vaksin ini sebelum pergi menunaikan Haji [7].

null

null


Terdapat 2 jenis vaksin Pneumokokus [6] :

  1. Vaksin Pneumokokus Polisakarida
  2. Vaksin Pneumokokus Konjugat

Tanya doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang vaksin ini. Ambil vaksin sebagai usaha untuk mencegah penyakit pneumokokus dan bertawakallah kepada Allah swt. Semoga dikurniakan Haji yang mabrur.  Akhir kata, “Usaha dan Tawakal, Vaksinasi sebagai Bekal”.

Artikel ini dihasilkan oleh kempen Imunisasi Jemaah Haji anjuran program Immunise4Life di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) dan Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi (MSIDC) bersama Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia dan Persatuan Perubatan Malaysia. Disokong oleh Merck Sharp & Dohme (Malaysia).


References:
[1]Al-Tawfiq, J.A. & Memish, Z.A. (2016). Prevention of pneumococcal infection during mass gatherings. Human Vaccines & Immunotherapeutics 12(2): 326-330.
[2]Myhealth. (2016). Pneumococcal Vaccine http://www.myhealth.gov.my/66662/ [Accessed February 22, 2018].
[3]Dzaraly ND, Rahman NIA, Haque M, Simbak NB, Wahab MSA, Aziz AA, Abdulllah MS, Mohamad I, Muttalif ARA, Ismail S, Abdullah S. (2016). The characteristics of hospitalized pneumonia patients among Malaysian Hajj Pilgrims. Journal of Young Pharmacists, 8(3): 284.
[4]Tengku, A.R.A. (2012, September 12). Rukun Haji: Jika tidak ditunaikan, maka hajinya juga tidak sah. Utusan Malaysia, pp. 19.
[5]CDC. 2017. Symptoms and Complications https://www.cdc.gov/pneumococcal/about/symptoms-complications.html [Accessed Mac 6, 2018] [6]Alharbi, N.S. et al. (2016) The Saudi Thoracic Society Guidelines for Pneumococcal Vaccination. Ann Thorac Med 11(2): in press
[7]Tabung Haji (2018). Maklumat Imunisasi. Retrieved from: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/maklumat-imunisasi [Accessed: March 29, 2018]

Copyright © 2018 Merck Sharp & Dohme (M) Sdn. Bhd., a subsidiary of Merck & Co., Inc., Kenilworth, NJ, USA. All rights reserved. VACC-1175680-0245 06/18