8 Sebab Mengapa Orang Dewasa Memerlukan Imunisasi

Penyakit-penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin bukan hanya menjangkiti kanak-kanak

Ramai orang dewasa percaya bahawa mereka tidak memerlukan imunisasi. Sesetengah dari mereka menganggap imunisasi hanya untuk kanak-kanak dan mereka telah pun mendapat semua suntikan yang diperlukan semasa kecil. Jadi, apabila sudah dewasa, mereka tidak mahu mendapatkan sebarang suntikan lagi.
Malangnya, ini tidak benar sama sekali. Ramai orang dewasa tidak sedar bahawa walaupun mereka telah diberikan vaksin ketika zaman kanak-kanak, imuniti yang mereka perolehi akan hilang setelah sekian lama, lalu membuatkan mereka terdedah kepada penyakit-penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin. Mereka mungkin jatuh sakit, atau lebih teruk lagi, menyebarkan penyakit kepada keluarga dan rakan-rakan. Oleh itu, ketahui fakta sebenar mengenainya sekarang.
Skeleton1.   Lebih ramai orang dewasa meninggal dunia akibat penyakit cegahan vaksin berbanding kemalangan trafik setiap tahun di Amerika Syarikat.
x1002.   Tidak seperti kanak-kanak, orang dewasa adalah 100 kali lebih cenderung untuk meninggal dunia akibat penyakit cegahan vaksin.
syringes3.   Orang dewasa yang tidak mendapat vaksinasi semasa kecil atau suntikan penggalak masih boleh dijangkiti dan menyebarkan ‘penyakit tertentu yang biasa menjangkiti kanak-kanak’ (seperti cacar air, batuk kokol dan rubella).
words4.   Anda boleh dijangkiti penyakit cegahan vaksin melalui hubungan seksual, melancong, aktiviti-aktiviti luar rumah tertentu, makanan dan minuman, malah pekerjaan melibatkan haiwan.
senior couple5.   Penuaan meningkatkan risiko mendapat jangkitan dengan symptom atau komplikasi yang lebih serius.
EEG heart6.   Anda mungkin menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung dan penyakit paru-paru yang meningkatkan risiko mendapat jangkitan atau komplikasi penyakit.
virus7.   Anda tidak boleh membentuk imuniti yang efektif bagi sesetengah virus atau bakteria yang sentiasa berubah; apatah lagi bila seseorang semakin tua.
med8.   Sesetengah penyakit tidak boleh diubati; lebih baik untuk mencegahnya dengan imunisasi.